Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Kuih Tepung Pelita, Koleh Kacang, Tepung Gormak

Lama hutang 30 resipi Ramadhan... Resepi Mudah Ramadhan 2016, hari ini mummy nak share resepi 3 jenis kuih sebab ada hutang resipi kan. Walaupun tak sempat buat, mummy kasi parking sini dulu Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Kuih Tepung Pelita, Koleh Kacang, Tepung Gormak

Asal-asalnya mummy ternampak di Bazaar Ramadhan Kuih Tepung Pelita, Koleh Kacang, Tepung Gormak. Bukan senang kot nak dapatkan kat kedai sekarang.

Jom tengok resipinya...

Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Kuih Tepung Pelita, Koleh Kacang, Tepung Gormak



Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Kuih Tepung Pelita, Koleh Kacang, Tepung Gormak

TEPUNG GORMAK


Inti Kacang Hijau:

250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus - guna 1 kpg gula Melaka
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. 

Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.


Tepung kacang hijau 
(kalau nak buat sendiri la....saya guna yg dah siap proses jenama yg ada gambar kuda tu)

200 gm kacang hijau

basuh kacang hijau sehingga bersih. goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan. kemudian dikisar halus. ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.

Cara membuat tepung gomak

ambil sedikit adunan tepung. leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul didalam air rebusan. angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau. resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.

Selamat mencuba ;-))) sumber


KOLEH KACANG


Resepi yang ita sediakan ini adalah 1/2 adunan daripada resepi asal dan ita menggunakan loyang 8 inc. Sedang elok aje ketinggiannya.

Sebelum menyediakan adunan koleh kacang kita kena sediakan dahulu tahi minyak untuk di taburkan atas kuih ini .

TAHI MINYAK ( bahan A )

500 gm santan kelapa segar ~ guna santan pekat, beli santan kelapa segar jangan guna santan kotak ya sebab santan kotak tak berapa cantik kejadiannya nanti.
Secubit garam

Satukan santan dan secubit garam dalam kuali non stick.
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental
Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Minyaknya di simpan untuk di letakkan dalam adunan koleh kacang nanti
Tahi minyak pula untuk di taburkan atas kuih

Sekarang kita sediakan pula air gula

AIR GULA ( bahan B )

200 gm gula merah atau gula timbang ~ pilih yang warnanya agak kehitaman
50 gm gula pasir
150 ml air
2 helai daun pandan di simpul

Satukan semua bahan dan masak atas dapur hingga gula melarut
Tutup api dan tapis

Bahan C

150 gm tepung kacang hijau ~ yang telah di sangai ( tepung kacang hijau ya bukan kacang peas)
secubit garam
200 ml santan kelapa segar
650 ml air
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu makan minyak kelapa ~ baki dari tahi minyak yang diasingkan

Satukan semua bahan C kecuali daun pandan dan minyak kelapa
Masukkan dalam blender dan kisar
Satukan bahan kisar ( bahan C ) dan air gula ( bahan B) kedalam kuali
Masukkan daun pandan
Masak atas dapur dengan api yang sederhana sambil senantiasa di kacau
Masak hingga ia meletup-letup kecil
Kecilkan api dan tambahkan minyak kelapa
Kacau lagi hingga adunan pekat dan kental
Anggaran masa memasak adalah 25 minit. Dalam masa 25 minit tu adunan dah pun masak
Keluarkan daun pandan. 

Sediakan loyang 8 inc yang di lapis plastik dan di oleskan dengan baki minyak kelapa
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan
Hentak-hentak loyang sedikit untuk menghilangkan gelembung udara
Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan ia sejuk dan mengeras
Bila dah keras bolehlah di potong dengan pisau plastik yang di oles sedikit minyak kelapa.


Kuih Tepung Pelita Asli


Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya. 


Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.


2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Wahhh.. Banyaknya resepi yang dikongsi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tepung gomak tu kalau, dpt mkn eemmm mg sdp ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post