Ariq Azshah Anak Susuan Pertama Mummy

Ariq Azshah setahun dah umurnya. Lahir pada 2 Jun 2016 yang merupakan tarikh pernikahan mummy dan daddy juga. Cuma lain tahun sahaja. Pada mulanya, langsung tak ada dan tak pernah terfikir nak menjadi seseorang ibu susuan. Hinggalah satu masa, Ariq meronta-ronta nak susu badan dan menolak susu botol. Ketika itu mummy balik rehat untuk menyusukan Dhia dan juga Dzal. Oleh kerana kesian sangat dengan Ariq. Segera susukan Ariq, bila sudah ada green light dari daddy. Permission dari suami tu WAJIB ye  ! 

Ariq Azshah Anak Susuan Pertama Mummy


Ariq Azshah Anak Susuan Pertama Mummy


Bila dah jadi anak susuan ni, sedikit sebanyak ada kesamaan dengan kakak Dhia dan abang Dzal nya. Lagi pun, tok mak jaga mereka semua. Tiap hari berjumpa...mana tak sama, kan ! Apa yang sama perangai mereka ialah tak hisap botol susu dan akan minum air gunakan botol straw.

Cuma, Ariq ini susah nak ajak bergambar je. Jarang mummy ajak bergambar kot ! Sian Ariq...mummy ni,kan. Kalau anak orang lain, tak berani lah nak tepek sangat gambar kat media sosial. Bukan semua orang suka gambar anak di jaja,kan !

Ariq Azshah Anak Susuan Pertama Mummy


Sekarang ini, Ariq dah tak menyusu badan mummy lagi. Dah besar, dah kenal susu badan mama dia. Cuma, kalau Dhia dan Dzal menyusu...Ariq tetap nak menyelit gak baring atas badan.

Agaknya, kalau mummy ada anak 3 dan beranak setahun sorang. Cenggini la kot life mummy kan !

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post