Ahad lepas, ada 2 tempat makan-makan raya yang mummy terjah. Seronok, ke? Oh..mestilah seronok. Sebab apa ? Sebab makan-makan raya kali ini bersama geng makan dari U Mobile, Ketch Up team dan blogger-blogger. Menu pun unik sedikit. Makan-makan raya kali ini, bukan di hidangkan dengan menu lemang, ketupat, rendang dan kuah kacang.
MAKAN-MAKAN RAYA 2016 BERSAMA U MOBILE DAN KETCHUP
Caffe Bene, Sunway Pyramid
Makan-makan raya kami yang pertama pada 12 Syawal ialah Caffe Bene, terletak dalam Sunway Pyramid (orange). Kebetulan memang mummy parking kat parking oren. CP4, turun beberapa tingkat je sampai !
Caffe Bene adalah francais dari negara Korea. Mana kala, outlet Sunway Pyramid ini adalah outlet yang pertama di Malaysia.
Bukan sekadar outlet pertama je, malah Caffe Bene Sunway Pyramid ini pernah mendapat award Best Outlet !
Sebelum makan-makan raya, mummy posing kejap. Banyak tempat boleh posing kat sini. Siapa suka makan-makan santai sambil lepak sambil selfie. Boleh ke Caffe Bene.
Bingsu
Sedap-sedap bingsu kat Caffe Bene. Bingsu pilihan mummy tentunya green tea yang di penuhi dengan kekacang. Sedap ! Nak makan bingsu ni kene ada caranya tau, tekankan semua kebawah dan gaulkan. Tapi jangan sampai ais tu cair sangat. Kacau agak-agak je.
Gelato Waffle
Garlic & Cheese Bread, Caramel Cinnamon Bread, Caffe Latte, Chocolate Frappucino
Gelato dan waffle di Caffe Bene ini semua sedap-sedap ! Mummy paling suka Garlic & Cheese Bread dari Caffe Bene. Almaklumlah kan, mummy memang peminat cheese.
Ini lah geng makan-makan raya kami bersama U Mobile dan Ketchup. Bergambar sebelum mummy dan rakan-rakan lain bergerak ke Cafe seterusnya untuk makan-makan raya
Yoshinoya Hanamaru AEON SHAH ALAM
Destinasi kedua makan-makan raya mummy pada 12 Syawal di restoran Jepun - Yoshinoya Hanamaru AEON Shah Alam ! Pertama kali kot makan raya dengan menu Jepun.
Tak sabarnya nak makan, menu yang ada ialah jenis Udon (mee), Beef, Spicy, Ontamana, Beef Yakiniku Taru Taru Chicken, Ontama Chicken Katsu. Kebanyakan hidangan ini di lengakapi denagn telur rebus setengah masak. Masyaallah sedap sangat, tau !
Beef Bowl Set, Chicken Bowl Set, Tempura Set
Kalau dah nama restoran Jepun, memang wajib pekena minuman Green Tea. Mummy suka Green Tea suam.
Bersama bos KetchUp
Dua restoran makan-makan raya yang mummy terjah bersama-sama team U Mobile dan Ketchup. Memang sedap-sedap makanan di restoran ini. Ianya baru bagi mummy. Memang sebelum ini tak pernah langsung peekna makanan minuman di Caffe Bene dan juga Yoshinoya Hanamaru Don.
Nak dapatkan lebih diskaun dan penjimatan ke restoran ini dan restoran lain. Ada promosi sekarang ini, khas untuk pelanggan U Mobile.
Selanjutnya, boleh layari :
sedapnya makan-makan...
ReplyDeletewah..makanan yg menarik selera
ReplyDeleteMakan-makan bestnyaaa.... bingsuuu tu memikat hati..
ReplyDeletesdapnya dapt mkn2..:)
ReplyDeleteperghh..sedapnya makanan..klu dapat kat kite, mau penuh perut dok makan ni..hihi
ReplyDeleteMeriahnya makanan.. Teringin nak joint aktiviti macam ini..
ReplyDeleteBilalah nak cuba bingsu tu..
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com