Daddy Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry a.k.a suami mummy. Jarang-jarang menulis. Tapi..sebenarnya, skill menulisnya jauh lebih baik dari mummy. Penulisan di blog mummy pun biasanya daddy akan bantu mummy dari segi nak letak tajuk (title). Biasalahkan...mummy ni...kadang-kadang cepat buntu juga bab menulis tajuk di blog. Daddy juga jarang nak update status di facebook. Lebih suka jadi silent reader sahaja.
Bila mana sekali dia menulis......memang mendalam, berjujuran air mata mummy.
Dhia Batrisya memang pandai berkata-kata. Mummy pun selalu terkedu ! Ada satu hari Dhia dan mummy ke kedai RM2. Dhia beli mainan doktor-doktor. Entah kali ke berapa kali nak beli set doktor tu. Tiap kali beli mainan...tu pilihan Dhia.
Daddy bertanyakan pada Dhia,"Dhia beli apa dengan mummy tadi?".
Dhia : "Beli mainan doktor-doktor".
Daddy : "kan dah ada mainan tu kat rumah..".
Dhia terus menjawab secara pelahan,"Dhia dah agak..dah !"
Maksud Dhia..Dhia dah agak daddy akan jawab macam tu :)
BILA SUAMI MENULIS TENTANG PERIHAL ANAK
Sedikit Perkongsian Buat Bapa
ANAK2 MENGAJAR SAYA TTG KEHIDUPAN
------------------------------
Dhia, anak sulung pertama saya, umur 3 tahun dan petah berkata-kata dan kadang2 buat saya tersentuh..
=BERSABAR=
~ kebiasaan pulang dr kerja mesti keletihan tambahan saya kerja luar.. Tak dinafikan hati akan cpt pns kalo anak meragam atau melasak dan secara automatik la mulut memarahi anak. 1 hari sblum saya berlalu pergi lps memarahi Dhia, saya terdengar suara kecil seakan berbisik dr mulut Dhia " xsyg Dhia la tu".. Ya Allah rasa terpanah hati ni.. Cpt2 saya membalas "syg" & memujuk hatiny.. Dhia mengajar saya utk lebih sabar hari2 mendatang, bersabar dan tenang lebih mudah mereka dengar kata dr memarahi mereka..marah mgkin buat mereka diam tp tercalit perasaan tersisih dan menjauhkan kita dgn anak2..
*peringatan utk diri sendiri: Tanggugjwb yg utama adalah dirumah utk isteri dan anak2.. Pekerjaan hanyalah utk memenuhi tanggungjwb dirumah.. Sayangi "amanah"yg Allah pinjamkan..
Penulisan di facebook daddy...dalam maksudnya. Mummy pun kadang kala leka dengan urusan mummy. Dhia dan Dzal juga jadi mangsa. Insyaallah..kami akan jadi ibubapa yang terbaik untuk Dhia dan Dzal.
Pndai dhia. Kdg2 kate2 anak2 ni menyedarkan kte kn
ReplyDeletebudak masa dia belum umur 6 tahun ni..
ReplyDeletedepa tak pandai nak menipu sangat. jujur habis biasanya.
tapi naik 7 tahun..dah pandai kawan dengan kawan dia..kena hati-hati. kekadang, rajin menipu. hoho..
sebab tu..masa 6 tahun pertama tu, kena jaga dan didik anak betul-betul agar anak terasa kasih sayangnya tuh.
Terkedu bca status yng ditulis tu.. :(
ReplyDeletestatus yg mantap.. ada pengajaran
ReplyDeleteSebak hati akak baca..nak plak akak terpaksa berkorban berjauhan dengan anak menjadi ayah dan ibu dalam satu masa, watak ayah akak berjaya lakukan dengan jayanya di amna akak berusaha gigih mencari rezeki untuk anak..tapi watak sebagai ibu masih tidak sempurna..sebab tu akak cemburu dengan semua yang ada family yang complete..akak dan Dania takde...
ReplyDeletehmmmm... nicely written :)
ReplyDeleteMendalam.. peringatan untuk semua..
ReplyDeletebenar sekali /....tanggung jawab utama adalah untuk anak dan istri
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com