DHIA MENGAJI IQRA PADA UMUR 3 TAHUN

"Awal sangat hantar anak mengaji Iqra!" Ramai yang akan berkata begitu ! Betulkah, awal? Tak sesuai ke, umur 3 tahun belajar mengaji Iqra? Di sebabkan soalan ini membelenggu pemikiran mummy. Mummy terus jumpa dengan ustaz yang mengajar mengaji di apartment kami. Ustaz ikut sahaja, jika budak boleh ikut dan nak belajar. Boleh dia ajarkan. Mummy bukan jenis suka paksa anak untuk belajar. Selalunya mummy "follow the flow". Apa kehendak anak-anak yang elok, mummy akan turuti.

DHIA MENGAJI IQRA PADA UMUR 3 TAHUN

DHIA MENGAJI IQRA PADA UMUR 3 TAHUN

DHIA DAH BOLEH MENGHAFAL ALIF, BA, TA

Seawal umurnya 2 tahun, Dhia mula belajar sendiri alif, ba, ta...A, B, C dan juga 1,2,3. Kebanyakannya, Dhia belaajr dari tv atau dari tab. Dari situ, mummy rasa Dhia boleh mula mengaji Iqra.



DHIA MENGAJI IQRA PADA UMUR 3 TAHUN



KENAPA BUKAN MUMMY ATAU DADDY AJAR ANAK MENGAJI? KENAPA PERLU USTAZ?

Mummy bukan tak boleh ajar anak-anak mengaji.

Tapi, mummy rasa elok berguru dengan orang luar. Mesti anak boring asyik tengok muka mummy je,kan. 

Dhia pun nak mengaji sebab ramai kawan-kawan. Seronok jumpa kawan-kawan.

BUKU IQRA PINK PILIHAN DHIA


DHIA MENGAJI IQRA PADA UMUR 3 TAHUN

Mummy belikan juga buku mengaji Iqra untuk Dhia. Pilihannya, mestilah pink ! Pink sahaja,kan ! 

Harganya RM12 dari IQRA 1-6.


Keesokan harinya..berjumpa dengan ustaz. Dhia jadi takut..duduk, tunduk dan terdiam. Jadi bisu tetiba....rupanya, Dhia takut nampak rotan usaz pegang.

Sudahnya, tak mahu pergi mengaji.

Tak pe la nak, mummy ajar buat sementara waktu ni ye

Harap-harap Dhia boleh belajar Iqra tanpa jemu. Insyaallah...


7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Nampak rotan ye... Ajar je la wat sementara waktu ni dirumah dulu...

    ReplyDelete
  2. Budak2 bagus ajar mengaji sebab die cepat ingat. Mudah terima.

    ReplyDelete
  3. wah..bagus la dhia..kecik2 dah g mengaji..:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Semoga Dhia sentiasa terang hati.. Sha pun biarkan Imani (3 tahun) ikut kakak dia pergi mengaji..

    ReplyDelete
  5. Saya pon ajar Aqil mengaji sendiri kt rumah.xda nk ajar tekankan sgt...just bg dia kenal huruf n stakat ni dh byk huruf dia tau

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..betullah kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.. :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...semoga lebih baik dari sehari ke sehari :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post