Terima kasih mak abah. Begini lah rutin mak abah setiap minggu. Kalau dulu suami kerja dekat. Jumaat je..kami hantar mak balik Subang. Tapi sekarang suami kerja jauh. Sampai rumah pun dah jam 10 malam. Sudahnya abah datang rumah untuk ambil mak.
Mak dan abah bukan muda lagi. Bukan sihat sangat. Kami pun bukan nak mendera mak untuk jadi hamba kami. Jauh sekali niat begitu. Duduk dengan kami sedikit sebanyak kami boleh menjaga mak juga.
Nampak depan mata...tak ada perasaan risau selalu.
Tapi bila tanya,"mak,,kalau mak tak larat jaga anak-anak kami. Bagitahu ye..kami nak cari baby sitter "
"Allah, biar lah dorang besar sket ke dah sekolah ke..Sian tinggal dengan baby sitter. Nangis-nangis. Nanti terencat tumbesaran dorang ni", tok mak budak-budak ni membalasnya.
Ramai menasihatkan kami, supaya cari orang lain jaga anak-anak kami tu. Jangan buat mak macam tu. Jangan bagi orang tua jaga cucu. Dia dah penat besarkan kita dari kecil.
Senanglah orang yang cakap tu,kan.
Bukan mak orang yang berkata-kata itu.
Mak dan abah ni, lain. Dulu... kami hantar Dhia dan Dzal ke rumah pengasuh. Cari pengasuh semasa mak g umrah dan selepas mak pergi ke umrah.
Sebelum umrah, memang mak juga menjaga jaga anak-anak kami.
Kami nak mak berehat selepas umrah..tak perlu jaga anak-anak kami. Kami cari pengasuh untuk mengasuh anak-anak kami.
Tetapi sebenarnya..
Mak dan abah terasa...mereka sangkakan kami tak suka mak tinggal dengan kami.
Mereka ingatkan, Kami anak-anak ini...nak privasi sendiri. Tak suka mak dan abah campur urusan kami dalam besarkan anak-anak.
Haaaaa...pulak terguris hati nya.
Mak ni sebenarnya pun..lebih suka anak-anak dan cucunya depan mata nya.
Jiwa seorang ibu/nenek memang sensitif....
ReplyDeleteya setuju
Deleteterbaikkan ingatan dan perhatian mak ayah ni. rindu nk blik kg lak...
ReplyDeletetok n tokwan nak main dgn cucu ja sakit pun rasa hilang tgk gelagat cucu di depan mata
ReplyDeletealahai...
ReplyDeletesayu aida baca ni alin.
mak abah aida dok dgn kakak aida.
pernah dok dgn aida setahun lebih, jaga syuhada dulu hingga syuhada umur 1 thn lebih.
skang mak aida da tak larat. mak yg tarik diri. so kami x le rasa mak kecik ati ke pe ke.
pe pun alin, selagi mak abah alin sanggup ok la.
may be mak abah alin nak isi masa boring diorang.
dok dgn cucu lebih ok kot :)
moga mak abah alin kekal sihat ye.
betul betul. mereka(mak abah kak linda) lebih suka besarkan dan jaga cucu sendiri daripada orang lain(pengasuh). main-main dengan cucu tetiap hari boleh ceriakan hari-hari mereka :)
ReplyDeleteOrang tua nie pandangan dia lain.. selagi mereka ok, xpelah sis.. mungkin pada mereka lagi selamat kalau mereka yang jaga..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com