Kisah breakfast anak-anak part 1 hari tu mummy ada tulis di SINI , kali ini kisah menu breakfast anak-anak part 2 pula. Seperti biasa, hujung minggu hari bermalasan nak keluar rumah. Jika tidak ada mana-mana jemputan dan juga laki kene kerja. Mummy akan duduk rumah dan buat breakfast. Seronok sekali sekala, bermalas-malasan di hari hujung minggu.
Menu Breakfast Part 2 Hari Sabtu Anak-anak - Spaghetti Carbonara, Daging Burger Tampal Cheese dan Air Ribena
Spaghetti carbonara daging ayam, daging burger ayam tampal cheese. Lawankan dengan ribena.
Bedudak ni, tetiba minat cheese pulak. Mummy suka cheddar cheese warna kuning pekat. American cheddar cheese namanya. Cheese yang kuning lembut tu pula, namanya italian cheddar cheese. Hahaha, dah umur 34 tahun baru tahu nama-nama cheese. Haippp, jangan gelak...tak baik gelakkkan orang tau :)
Menu Breakfast Part 2 Hari Ahad Anak-anak - Nasi Goreng, Keropok Ikan Goreng, Daging Burger Tampal Cheese dan Air Ribena
Ahad pula, nasi goreng veggie, keropok goreng dan juga daging burger ayam tampal cheese. Budak-budak ini, hari-hari pekena cheese lak.
Mungkin anak-anak ni..dah boring kot. Hari biasa makan breakfast, makan roti butter letak gula dan buah-buahan. Dhia tu memang kesukaannya buah. Setiap hari berbiji-biji buah oren dan epal di makannya.
Tapi, hujung minggu hari tu...buah dah habis, tinggal buah lai (sebelah) sahaja. Merengek juga lah minta buah.
Hujung minggu ni mak buat breakfast apa ye untuk anak-anak? Ada idea?
Morning....
ReplyDeleteTak apa...buat anak² makan...:)
Sedapnya spageti Carbonara tu.. Nyum..nyum..
ReplyDeletesedapnya cheese. hehe
ReplyDeletesimple tapi sedap...breakfast di rumah lagi best
ReplyDeleteseronok bila mama masak anak2 makan berselera kan..nak- nak makan bertambah...
ReplyDeleteSeronok bila nengok anak2 suka makan kan sis.. teruja memasak..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com