Kali ini, entri mummy kisah wanita pulak ye. Kisah Sumber Ayu, pencuci dan penjagaan semula jadi untuk kawasan intim wanita supaya lebih bersih dan sihat. Ada tak sini, yang pakai pencuci dan penjagaan semula jadi untuk kawasan intim wanita? Mungkin ada yang tak pakai juga,kan? Mummy memang jenis menjaga dan mencuci bahagian intim mummy dengan pencuci yang bersesuaian. Sumber Ayu antara pilihan mummy. Sebab apa Sumber Ayu? Kerana Sumber Ayu berasakan bahan semula jadi .
3 rangkaian Sumber Ayu yang mummy cuba
MEMPERKENALKAN PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYUDENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU!
Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat
Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mengetahui dan memahami keadaan . Serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.
Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria. Ha?? Takut pulak dengar,kan? Bagaimana kita mahu menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut?
Jangan takut, ye. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.
Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, serta mendedahkan kita kepada risiko jangkitan.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, Diformulasi Dengan Bahan Semula Jadi
Lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi. Agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan.
KENAPA PERLU MEMILIH PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU?
- Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.
- Bahan utamanya dari ekstrak Daun Sirih. Ianya kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.
- Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.
- Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur
- MURAH dan JIMAT !! Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU berharga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).
- BANYAK PILIHAN !! Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU mempunyai (6) enam pelbagai rangkaian dan wangian yang menarik.
Mummy telah mencuba tiga (3) jenis Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU. Iaitu :-
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
Yang lagi tiga (3) Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU ini. Akan mummy cuba kelak. Nak tahu apa perbezaannya antara satu sama lain? Jemput baca :-
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Fruity
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
CARA PAKAI SUMBER AYU - PENCUCI INTIM WANITA
Letakkan sedikit pembersih intim wanita di tapak tangan dan bersihkan di kawasan intim. Jangan lupa, cuci dengan air yang bersih ya..
Cepat dapatkan produk-produk SUMBER AYU. Kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.
besynya..3 wangian lagi ada..terbaiklah
ReplyDeletegood review..:)
ReplyDeleteMasih menanti ketibaannya..
ReplyDeleteWajah baru ye..
kita pun guna ni..suka bau sirih...
ReplyDeleteSinggah pagi isnin...
ReplyDeletenieyl pakai juga..
yeahh yanie pun nak cuba..
ReplyDeleteJom join Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com. Klik : http://yanieyusuf.com/2016/08/fabulous-four-terbaru-dari-dominos-pizza/
aaaloooloo...comel j tengok pegang sumber ayu tu tau..hahaa..tahulaa hepy dapat guna sumber ayu..yaya pn da guna..best...
ReplyDeletejemput singgah sini, jangan lupa join sekali untuk menangi set Skinfood bernilai RM200 :)
http://www.yayacendana.com/2016/08/skinfood-worth-rm200-set-korean-beauty.html
v
wahh...mesti best kan yang ni..kite guna warna lain..hehe
ReplyDeleteBonde suka yang Orkid tu...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com