Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

Baru-baru ini, mummy ke kedai cermin mata A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya. Dengar kata dari kawan-kawan, ada banyak pilihan cermin mata dan contact lens di kedai cermin mata A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya. Harga pun, mampu milik dan ada banyak diskaun hebat. Ha....bab diskaun dan jualan murah ni, memang mummy tak senang duduk. Lepas je, waktu kerja...terus mummy terjah kedai cermin mata A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya.


Kedai Cermin Mata A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya


Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

Sampai sahaja di kedai cermin mata A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya, mummy di bawa ke komputer untuk checking power mata mummy. Tiga tahun lepas, power rabun jauh mummy dalam 150 (kanan) dan 125 (kiri). Alhamdulillah, sekarang dah turun.

Power silau juga dah turun, alhamduillah. Semakin sihat dah mata mummy. 


BANYAK PILIHAN CERMIN MATA DAN CONTACT LENS DI KEDAI CERMIN MATA A-LOOK EYEWEAR 


Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

Apa yang mummy lihat kedai cermin mata A -Look Eyewear ini banyak pilihan, reka bentuknya juga mengikut peredaran zaman. Di mana A-Look Eyewear ini membawa fesyen terkini dan bingkai kaca mata yang bergaya dari seluruh dunia yang dibuat khusus bagi Asia. Mereka komited tentang keselesaan untuk pemakai & ketahanan produk. 

Selain itu, A-Look Eyewear ini sangat profesional selari dengan pencapaian dalam bidang Optometri yang diperolehi oleh Mr Lee Jin Tzer. Kalau nak berjumpa dengan Encik Lee (perunding optik), boleh ke A-Look Eyewear & OWL Eyewear The Mines.


Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya


PENCAPAIAN A-LOOK EYEWEAR

A-Look Eyewear ini bukan calan-calang kedai cermin mata, tau ! Banyak anugerah pencapaian yang mereka telah perolehi. Antara pencapaian yang diterima oleh A-Look Eyewear ialah:

  • AXISMATICS-ABDO Best Full Time Student Award - Tahun 2003
  • OPSM-AXISMATICS FBDO-Top Student Award Year - 2003 Tempat Kedua
  • Hans Stepper Prize in Best Overseas Student Year - 2003
  • Distinction Grade in Eye Refraction Examination

5 SEBAB PERLU KE KEDAI CERMIN MATA A-LOOK EYEWEAR 


Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya






1. Bermacam bingkai cermin mata branded pada harga istimewa

Masa mummy ke A-Look eyewear, ada banyak promosi bingkai cermin mata yang berjenama. Seperti Armani Exchange , RM368 PERCUMA lens SV (single vision) dan Ray Ban frame, RM298, PERCUMA lens SV


Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

2. Pelbagai jenis Contact Lenses
Contact lens juga ada promosi. Antara promosi contact lenses yang ada di jual di A-Look Eyewear ialah contact lenses berwarna, contact lenses khas untuk Dry-Eye / pengguna PC dan Promosi Best Deal contact lenses

Mummy memilih contact lenses berwarna hijau, coklat dan kelabu. 


Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

3. A-Look Eyewear Pengedar sah Award Winner Lenses 
Drive Safe Lenes, Zeiss 
- Di iktiraf sebagai Lens Product of the Year 2016
- Berkesan mengurangkan silau yang ketara pada waktu malam dan boleh meningkatkan tahap penglihatan untuk memandu malam atau hari hujan

Glacier Coating, Shamir
- Mendapat anugerah Lens Product of the Year 2016
- Permukaan tahan lasak, sangat tahan calar dan mudah untuk dibersihkan beserta jaminan 2 tahun pengilang

Eyezen, Essilor
- Lens Product of the Year 2016
- Khusus kepada pengguna computer atau telefon tegar. Lens ini berupaya melindungi mata korang daripada sinaran biru yang berbahaya dari LED elektronik.

MyoVision, Zeiss
Terbukti secara klinikal melambatkan perkembangan rabun kanak-kanak dengan 30%. Jika anak korang rabun, elok pakai kanta jenis ini.

Individual, Zeiss
- Boleh customize lens dan fabric mengikut citarasa anda
-Unique Personal Engrave pada lenses

* Semua kanta premium diberi dengan sijil ketulenan dan jaminan.


Banyak Pilihan Cermin Mata di A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya

4. Driving dan Sporty Sunglasses

Rudy Project
- keluaran Italy
- 2 tahun jaminan semua produk
- ImpaxtX lenses: Jaminan seumur hidup jika pecah 
- Golf 100 : khusus kepada pemain golf
- Cyclist : Prevent Fog by allow air ventricular

Oakley
- HD Optics, tahan hentakan
- Diskaun 20%, diskaun tambahan

Ray Ban
- Menggunakan kata kaca G15 lenses
- Pelbagai jenis special edition dan Polarization lenses
- mempunyai kesan penyejukan




5. Fesyen Cermin mata mampu milik
A Look Eyewear menyediakan pelbagai variasi cermin mata kepada pelajar dan peminat eyewear pada harga yang lebih rendah.








4 Tips Memilih Cermin Mata Mengikut Bentuk Muka


Mummy selalu keliru dalam memilih cermin mata. Di A-Look ini, mereka berikan penerangan yang jelas. Bagaimana untuk memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah. Kesesuaian memilih cermin mata ini sangat penting untuk membuat seseorang itu kelihatan cantik dan bergaya.

Jom tengok, mana sesuai jom...



1. Bentuk Muka Segi Empat

Bentuk muka segi empat, bingkai cermin mata yang paling sesuai adalah berbentuk bulat, bujur atau berbentuk cat eye. 



2. Bentuk Muka Bujur Sirih

Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis bingkai cermin mata. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk bingkai cermin mata yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka si bujur sirih. 

Untunglah si muka bujur sirih !



3. Bentuk Muka Bulat

Bagi mereka yang berwajah bulat, sila pilih bingkai cermin mata yang bersegi untuk menampakkan wajah lebih tirus dan runcing. 

Elakkan memakai bingkai cermin mata berbentuk bulat atau bujur kerana ianya akan menampakkan wajah kelihatan lebih bulat.




4. Bentuk Muka Seperti Hati

Bentuk muka seperti hati yang mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing. Pemilihan bingkai cermin mata yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye.

Mummy dah dapat dah idea untuk bingkai cermin mata yang sesuai untuk mummy. Lepas ini, tak lagi rasa segan silu pakai cermin mata.


Promosi A-Look Eyewear 2016




Dengan setiap pembelian bingkai Armani Exchange pada harga RM368 dan bingkai Ray-Ban pada harga RM298 (untuk bingkai terpilih sahaja) di mana-mana cawangan A Look akan mendapat kanta sentuh Crizal percuma. Best,kan !

Korang apa tunggu lagi. Jom serbu...


A-Look Eyewear 

A-Look EyeWear @ Alamanda Putrajaya
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan
Buka : 10.00 pagi - 10.00 malam


Facebook A-Look : www.facebook.com/alookeyewear 
Website A-Look : www.a-look.com.my


15 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Bestnya..memacam pesen cermin mata..

    linda,nak tanya tips utk kurangkan power?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang pakai spec dan makan suplemen kak :)

      Delete
  2. Salam pagi jumaat mummy...
    nieyl setiap 3 -4 tahun akan tukar cermin mata...
    sebab power makin turun alhamdulillah...
    tu la,igt tahun nie pun nak tukar baru...
    tapi harga dekat situ boleh tahan jugak yaaa...hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nieyl..ada pakej murah RM179 siap bingkai n lens :)

      Delete
  3. heheh selalu buat cermin mata tibai je x penah tahu pun ikut kesesuaian muka hehe.. kadang cuba rasa ok haaa terus on..

    ReplyDelete
  4. SS wat lasik 5 tahun dulu.. kos lebih kurang pakai lense dan spek gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. power tak kuat sgt dah ni. Tak perlu lasik hehehe. contact lense untuk melawa je ni :)

      Delete
  5. wah boleh try buat cermin mata kat sini pulak..

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. Yg mn satu pilihan hati ni? Semua mcm cantik je kan

    ReplyDelete
  7. Cantik frames dia..
    Murah gak hrga dia tu esp yg A|X n rayban tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post