Cuti panjang minggu lepas, mummy dan keluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan anak sedara yang merupakan anak kepada sepupu mummy di IPD Manjung, sambil bercuti ke Lumut.
Lepas ni, jadi nenek la mummy ni...eh..eh..dah jadi nenek pun sebenarnya. Ramai anak sedara yang dah berkahwin dan ada anak.
Nenek pun nenek la kan....apa-apa pun bersyukur di kurniakan keluarga yang besar, yang happening dan support each other.
Tak dapat jumpa selalu depan mata, boleh jumpa di media sosial. Mudah je zaman sekarang ini nak eratkan silaturrahim.
ANAK BUAH KAHWIN DI IPD MANJUNG
Tok mak dan kakaknya...ni sahaja adik beradik mereka yang seibu dan sebapa yang masih hidup di dunia ini. Bapa, Mak, Kakak dan abang tok mak semua dah kembali kepadaNYA. Alfatihah untuk arwah Ali bin Saayan, Maznah binti Esa, Saayan bin Ali dan Kamariah binti Ali. Moga arwah tenang di sana.
Dah ke kenduri, tak sah kalau tak bergambar dengan raja sehari. Lawa busana anak sedara ku. Biru pink. Mummy dan anak-anak pun pekena biru. Satu kebetulan pulak, ye !
Ini pula gambar kenang-kenangan dengan best friend sepupuku, Shahriza Mahmud. Sapa ingat lagi lakonan beliau dalam drama bersiri pendekar satu masa dulu?
Sekarang ini, Shahriza Mahmud aktif dalam penulisan skrip, belakang tabir dan juga ada keluarkan produk sendiri iaitu sambal pendekar.
malam sebelum majlis persandingan. Tq tuan rumah sb sudi ajak kami makan
Dzal dah pandai minta nak bergambar atas pelamin. huhuhu. Gigih mak kau dukong kakak Dhia sambil tidur dan snap gambar korang atas pelamin yang tinggi
Sesi terakhir sesi karaoke. Tok mak karaoke. Alamak..Karaoke ni.. amek video live facebook. Tak ada save pula. huhuhu
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com