Masih mood raya haji 2016 1437H lagi..hehe.. Takbir pun masih ada berkumandang, kan. Tak salah,kan kalau mummy buat entri Raya Haji lagi !
lembu..lembu ... - mulut si Dzal
Sehari sebelum raya haji, Dzal dah tengok lembu di surau depan rumah mak. Lepas tu, tak habis-habis nak pi surau. Nak tengok lembu !
Pada pagi raya haji tu, bawa Dzal, Dhia dan Bella (anak buah) pi tengok lembu korban. Terus dorang jadi takut tengok darah lembu.
Mummy terus bercerita tentang lembu di korban pada anak-anak secara ringkas. Umur 3 dan 2 tahun. Cerita banyak-banyak tentang korban kang ... mereka pening pulak.
Kiranya...itu ilmu baru buat mereka pada hari raya korban.
Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
bagi chance..mak anak dua posing ye :)
Hari raya haji atau korban ni rasanya ramai dah tahu. Untuk apa, sempena apa. Betul tak.. Yang belum tahu. Jemput baca sedikit perkongsian tentang KORBAN ...
HUKUM BERKORBAN
Hukumnya SunnatMuakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Islam
- Merdeka (Bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berkorban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
PERLAKSANAAN IBADAH KORBAN
- Binatang yang dikorban daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
- Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
- Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
- Daging korban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging korbannya.
Pembahagian daging korban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
1. Lebih utama orang yang berkorban mengambil hati binatang korbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
2. Orang yang berkorban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging korban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
3. Orang yang berkorban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT KORBAN
- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
INFO : ibadah-qurban-dan-aqiqah
Selesai semuanya..kita makan dulu..
Daddy of two :)
Keluarga kecil kami :)
Fefeling romantika di Aidiladha !
Last but not least, bergambar sekeluarga dengan mak abah. Raya Haji baru dapat posing. Sebab raya puasa aritu...balik rumah sebelah suami.
Bergambar sakan dengan keluarga besar menggunakan GoPro Hero 4, yang en asben hadiahkan pada hari jadi mummy tahun lepas. Lama nau mummy simpan Go Pro.
Dok posing guna kamera telefon je selalunya. Sebenarnya sayang pun ada ...nak pakai huhu. Jangan marah, daddy ye !
Raya Haji kali ini, tema purple untuk keluarga kecil kami.. Kami rotate je baru raya Aidilfitri aritu.
singgah petang...
ReplyDeletewaaaahhh...banyak juga gambar raya mummy nie.. :)
Suka bergambo
DeleteWah, dah macam raya aidilfitri. hehe
ReplyDeletebalik raya nih memang buat korban pun.
ReplyDeletehoho
Salam Aidiladha sis..
ReplyDeleteNice info..
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com