3Hari2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga

3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga Alhamdulillah dapat juga bercuti lama dengan keluarga kecil kami. Lama kami tak bercuti bersama-sama. Yang sebelum ini, ada pi bercuti 2 minggu berturut-turut. Tapi, mummy dan anak-anak je pi bercuti. Kami bercuti  tanpa daddy mereka. Daddy agak sibuk tahun ini, demi mencari rezeki buat keluarga kecil kami. 

Walaupun hanya bercuti dalam negeri 3 Hari 2 Malam sahaja di Kota Bahru Kelantan, kami rasa puas dapat bercuti dan berehat bersama-sama.

Sebelum mummy cerita lanjut tentang percutian ini.

Mummy ingin berterima kasih pada Exchange Feed Group EFG Blogger. Yang sebenarnya official day terakhir group ni adalah pada hari ini sob..sob.. No more EFG Group dah.

Yang kedua kalinya..terima kasih EFG. Kerana 1st EFG Gathering tu la mummy menang lucky draw pakej percutian ni. Mana yang terlepas story..boleh baca di SINI dan SINI ye .


3Hari2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga

3Hari2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga

3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga 

Percutian kami sekeluarga ke Kota Bahru, Kelantan ini memang boleh di katakan best dan relaks.

Kerana kali ini, daddy tak perlu drive. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru Kelantan. Xcell Travel and Tours sudah menunggu kami.

Sepanjang percutian kami 3 Hari 2 Malam di Kota Bahru Kelantan, semua itinerary kami di aturkan oleh Xcell Travel Tour .

Nak tahu apa aktiviti kami selama 3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga ?

Aktiviti Kami Selama 3 Hari 2 Malam Di Kota Bahru Kelantan Bercuti Melalui Xcell Travel Tour Bersama Keluarga


Hari Pertama



Kami sekeluarga bertolak ke Kota Bahru Kelantan dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS MH1384. Seawal jam 5 pagi dah keluar rumah dengan menaiki KLIA Transit Train di Putrajaya Sentral.






Flight kami jam 8 pagi. Datang awal boleh rehatkan diri, sarapan pagi dan bawa anak pusing-pusing KLIA.

9 pagi. Sampai di Kota Bahru, pick up by Xcell Travel and Tours untuk ke destinasi seterusnya.




Kami di bawa ke Medan Ikan Bakar (MiB) River Cruise. 



Bukan nak pi makan ikan bakar tau. Kami nak naik bot ke Kampung Pulau Suri (Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Yang Pertama di Malaysia).




Selesai makan di Kg Pulau Suri dan jalan-jalan di Pasar Terapung - Kelantan Floating Market. 

Kami terus Check in di Hotel Ridel, Kota Bahru Kelantan. Pakej hotel juga termasuk dalam pakej 3 Hari 2 Malam City Tour by Xcell Travel and Tours.

Penat berjalan..kita berehat di hotel.

Malam...






Lebih kurang jam8 malam.. Kami bertolak dari Hotel Ridel dengan van persiaran Xcell Travel and Tours ke Wakaf Che Yeh, Kota Bahru Kelantan



Makan malam di Wakaf Che Yeh. Pilihan kami nasi putih berlaukkan lauk biasa je.

Si Dzal Aidi Fiqry pula nampak durian..terus merengek nak durian.

Hantu durian dak Dzal ni.



Shopping baju Dhia, Dzal, daddy dan Mummy. Sorang sehelai je ;) 

Buah tangan sedikit untuk anak-anak buah.


Baby nenas beli kat Wakaf Che Yeh. Buat makan kudap-kudap dalam bilik hotel. Sedap manis !

Lebih kurang jam 11 malam, Van Xcell Travel and Tours pick up dari Wakaf Che Yeh. Dan hantar kami ke Hotel Ridel, Kota Bahru Kelantan.

HARI KEDUA


Hari Kedua, kami bersarapan di Hotel Ridel Kota Bahru Kelantan. 

Nasi kerabu pilihan mummy. Almaklumlah..nak berjalan.. kene lah isi tangki perut dulu.



Seawal 10.30 pagi kami bertolak ke Pengkalan Kubor dengan menaiki van persiaran Xcell Travel and Tours. Pekena aiskrim Baba yang femes. Baru tau nama aiskrim ni huhu.


Beli mainan anak-anak sorang satu. Nak bagi anak happy bercuti.



Dari Pengkalan kubor...terus ke Muzium di sekitar Kota Bahru. Menarik Muzium ni, banyak benda baru yang mummy baru tahu. Entri tentang Muzium ni mummy cerita entri lain ye.



Selesai berjalan-jalan, kami terus balik ke hotel. Aktiviti selepas itu, adalah aktiviti bebas.


Kami pusing-pusing sekitar Hotel Ridel sahaja. Untung duduk di sini. Semua tempat makan dan jalan-jalan dekat je.

Hotel kami menghadap Sungai Kelantan.

HARI KETIGA



Seperti biasa ...pagi tu breakfast di hotel. 

Selesai breakfast. Balik bilik, berehat dan siap berkemas.

Jam 2 petang kami check out dari Hotel Ridel.


Xcell Travel and Tours pick up kami u tuk airport transfer.

Tapi sebelum ke Airport Kota Bahru. Xcell Travel and Tours bawa kami ke KB Mall. Lunch dan bersiar-siar sekejap di KB Mall.

4.30 petang terus kami di bawa ke Airport




Check in flight jam 7 malam untuk flight kami 8malam. 

Hujan lebat ketika itu..alhamdulillah flight kami di jadualkan seperti biasa.

Ada juga flight lain yang delayed.




Syukur..kira-kira jam 9 malam kami selamat tiba di KLIA.

Terima kasih Xcell Travel and Tours untuk percutian 3 Hari 2 Malam City Tour. 

Terima kasih juga pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam percutian kami.

Oh ya..lupa nak beritahu pakej Xcell Travel and Tours Kota Bahru City Tours ini berharga RM299 sahaja termasuk Hotel dan breakfast di hotel.

Amacam?? Murah kan??

Nak tengok pakej percutian lain. Boleh layari :



Atau hubungi : En Wan 010 9282086

14 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Replies
    1. Best...sonok jalan2 tp parking mmh ssh sket. Unting kalau ada org anta n ambil ;)

      Delete
    2. Best...sonok jalan2 tp parking mmh ssh sket. Unting kalau ada org anta n ambil ;)

      Delete
  2. Wow! Seronoknya mommy..
    Berbaloi la harga tu.. :>

    ReplyDelete
  3. uwaa..rugi xsmpat jumpa..huhu

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronoknye bercuti 1 family... teruja nak pi Kelantan Floating Market...

    ReplyDelete
  5. kelantan memang best.. perubahan dah banyak sangat.. ekin pun lama duk kelantan 29tahun.. lepas kahwin mari merantau ikut suami...

    ReplyDelete
  6. Wah seonok anak2 kan...sesekali pi bercuti memang best..next is my turn

    ReplyDelete
  7. Syoknyo dio wehh gi klate naik flite...shopping2...siap dah pegi float market tu ye... jeles

    mainan cashier tu macam mainan bahejabella punya la... diorang panggil mainan bayor-bayor..

    ReplyDelete
  8. sepertinya asyik ni bisa ke klantan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post