Diet Ke Makan Sayur? Positif ke Makan Sayur?

Diet ke.. dok makan sayur je? Hahahaha. Diet sangat la kan. Sebenarnya,  dok tengok kawan-kawan detoxkan diri. Makan sayur lebih, nampak hidupnya lebih positif. Ya..nak positif ni sebenarnya bukan mudah. Baru nak positif..tetiba ada pulak aura negatif datang. Terus jadi negatif. Teringat pula math calculation kan (-) (+) boleh jadi negatif atau positif. 

Gitu gak la hidup kita..kalau lebih sangat aura negatif. Memang jiwa kita yang positif pun boleh jadi negatif.

Selain bacaan al Quran, berzikir dan solat. Pemakanan juga mempengaruhi kehidupan kita. Ada sifu mummy pernah berkata..Tengok haiwan karnivor, agresif sebab apa? Sebab pemakanannya. Manakala, haiwan herbivor pula vise versa kehidupannya.

Bukan mummy anti makanan berdarah seperti daging dan ayam. Masih makan lagi...dan cuba untuk kurangkan. Almaklumlahkan..umur semakin lanjut. 

Mummy masih makan semua makanan yang halal. 

Diet Ke Makan Sayur? Positif ke Makan Sayur?

Diet Ke Makan Sayur? Positif ke Makan Sayur?

Sayur ni kan..bukan boleh simpan lama dalam peti ais..mudah layu nanti.

Bukan macam hati manusia..makin lama tak mungkin layu. Eh..eh..eh..mummy tipu je ni.. tau. 

Hati manusia ni, sebenarnya susah nak baca. Sebab..mummy bukan tukang tilik . hehehe.

Cuma nya..manusia ni kan asalnya, rambut sama hitam, hati pula lain-lain.

Pendek kata..hati-hati.

Mummy ni..eh..eh..eh..kemahen kan. Dari citer bab makanan. Terus ke cerita hati,  pulak ye. 

Berbalik pada cetita makan sayur ni kan.. sebenarnya mummy tak nak membazir.

Tak mahu membazir dan layu, terus mummy perabih buat ratah. Breakfast dan sebelum dinner.

Sihat pun sihat. Dan..positif gitu. 

Lagi sekali, jangan percaya entri mummy ni selagi tak cuba..jadi, silalah cuba ye ☺




3 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post