HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU, DADDY KEPADA DHIA BATRISYA DAN DZAL AIDI FIQRY !

Happy Birthday Suamiku, daddy kepada Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ! Sempena birthday suami tercinta, seperti biasa, setiap tahun bertarikh 10 Oktober... jam 12 tengah malam kita celebrate potong kek sama-sama. Oleh kerana, memang tiap tahun macam tu. Maka....dah tak suprise lagi huhuhu. Nak buat macamana kan. Birthday boy pun balik kerja lewat malam tadi. Dekat kul 11 malam baru balik, demi mencari rezeki buat kami sekeluarga.

HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU, DADDY KEPADA DHIA BATRISYA DAN DZAL AIDI FIQRY !



HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU, DADDY KEPADA DHIA BATRISYA DAN DZAL AIDI FIQRY !

Birthday kek untuk daddy kali ini pilihan anak-anak nak superman. Tapi, mummy tempahkan kek SUPER DAD. Last minute order juga. Entahlah mummy ni, dok berfikir-fikir nak beli kek ke tak nak. Puas berfikir, beberapa hari, akirnya beli kek juga.

Oleh kerana hari ini order, hari ini juga mummy nak kan kek birthday daddy. Nampaknya... Red D'zert Bakery pilihan mummy. Siap tolong hantar ke rumah lagi kek birthday daddy. Terima kasih Red D'zert bakery yang selalu terima tempahan last minute dari kami.

Birthday cake Dhia dulu pun, mummy beli dengan Red D'zert Bakery. 



Tok mak dan Tok abah pula datang bawa pulut kuning dan rendang daging. Kebetulan mereka masak, mereka pun tak perasan birthday en suami. Hehehe. Rezeki...

HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU, DADDY KEPADA DHIA BATRISYA DAN DZAL AIDI FIQRY !

HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU, DADDY KEPADA DHIA BATRISYA DAN DZAL AIDI FIQRY !


HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU, DADDY KEPADA DHIA BATRISYA DAN DZAL AIDI FIQRY !

Oleh kerana pen Parker lama daddy macam dah tak berapa sihat walafiat, tahun ini kami berikan daddy hadiah birthday pen parker. Harap daddy suka dengan pemberian kami :)

Dhia paling tak sabar suruh daddy buka hadiah hehehe. Matang dah anak mummy !

Sempena birthday suami ini, macam tak sah je kalau tak bagi ucapan kan. Tapi, tahu-tahu la..mummy ni bukan minah bunga, tak pandai buat ayat bunga-bunga. Tapi, mummy cuba juga bagi ucapan khas ye :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi...dapat kami meraikan ulangtahun kelahiran suami tercinta lagi. Semoga Mohd Firdaus bin Adnan di panjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, dipanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat dan setiasa berada dalam keredhaanNYA. Aamiin Aamiin Ya Rabballamain :)

Terima kasih kerana menjadi suami yang membahagiakan, menenangkan dan sudi bersama-sama ketika susah dan senang.

Terima kasih juga kerana menjadi daddy yang baik buat anak-anak kita. HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU, DADDY KEPADA DHIA BATRISYA DAN DZAL AIDI FIQRY !

3 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Alhamdulillah...
    happy birthday tok husband mommy...
    semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..Amin...

    ReplyDelete
  2. Happy birthday hubby Linda, moga diberikan kesihatan yang baik dan di beri kebahagiaan berpanjangan hingga ke jannah

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun buat suaminya ....

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post