Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan terletak di sebelah Istana Balai Besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Tak jauh dari Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu Kelantan. Pada awalnya, kami fikirkan Muzium ini adalah Muzium biasa-biasa sahaja. Jiwa kami yang asalnya pun, tak berapa excited nak ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan.
Tapi, bila fikir-fikir balik. Rugi tak masuk sini. Bukan selalu pun kami ke Kelantan. Kan? Hotel pun tak berapa jauh untuk ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan ini.
Kami bersetuju untuk masuk ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan ini. Kami ke Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan dengan menaiki van Xcell Travel.
Bayaran sebanyak RM1 seorang dewasa di kenakan untuk memasuki Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan ini.
Sampai pintu masuk Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan, Dhia dan Dzal nampak kedai. Langsung terus singgah kedai dulu.
Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan
Kene paw ! Hehehe bertabahlah daddy ye ...
Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan
Di hadapan pintu masuk Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan, tersergam indah binaan kesenian negeri Kelantan. Tetiba... perasaaan mummy sangat teruja nak masuk, yang kekonon pada awalnya tak interested kan...hehehe
Anak-anak pun teruja sama...feeling kerabat-kerabat sat na..Naik kereta kuda di raja.
Inilah kereta kuda yang di naiki oleh Sultan Kelantan pada satu masa dahulu.
Inilah kereta kuda yang di naiki oleh Sultan Kelantan pada satu masa dahulu.
Nak tahu istiadat-istiadat di raja Negeri Kelantan? Di Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan,mummy melihat gambaran istiadat. Antaranya ialah meminang, merisik, kenduri perkahwinan, bersunat, lenggang perut ketika mengandung, bersalin, berpantang dan upacara memijak tanah.
Bila terbaca bab upacara pijak tanah, teringat pada laki sendiri. Kecil-kecil dulu, daddy budak ini tak di benarkan memijak tanah sehingga umur 2 tahun (tak silapnya). Sebelum memijak tanah..ada upacara pijak tanah.
Jangan tak percaya...ironman pun dah masuk Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan tau !
Ini pula, perahu yang di hadiahkan oleh Raja Siam (Rama V) kepada Sultan Muhammad IV. Panjang perahu ini ialah 14.3 meter. Memang panjang...
Selain itu, di sini juga ada muzium senjata yang pernah di guna pakai oleh Sultan Kelantan dan kerabatnya. Kalau nak tahu, apa yang menarik di sini. Ha...kene terjah Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan
SEJARAH ISTANA JAHAR, MUZIUM DI RAJA KELANTAN
Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan sebenarnya adalah sebuah Istana kebanggan Rakyat Kelantan dahulu dan kini. Serta ianya adalah antara istana-istana yang menarik yang terdapat di Kota Bharu.
Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Long Senik Mulut Merah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad II (1837 – 1886)
Sultan Muhammad II membina istana ini untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara.
Setelah kemangkatan Sultan Muhammad II pada 1886, Long Sulong yang lebih dikenali sebagai Sultan Ahmad telah menyambung pembinaan istana ini hingga sempurna.
Sultan Ahmad telah mangkat pada tahun 1889 dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Long Kundur Bendahara dengan gelaran Sultan Muhammad III.
Baginda telah menjadikan Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat persemayaman baginda.
Selesai melawat Istana Jahar, Muzium Di Raja Kelantan. Kami terus pulang ke hotel, dengan berjalan kaki sahaja. Bila lagi nak meronda ambil angin di sekitarnya,kan? Penat jalan kaki, boleh naik beca. Tapi, tak sampai-sampai pula ke hotel hehehe
Memang best dan seronok visit Kelantan kali ini. Banyak tempat menarik di Kelantan yang kami dapat lawati bersama keluarga tercinta.
Siapa cakap Kelantan tak best?
Pada yang belum pernah pi Kelantan. Jangan lupa ke tempat-tempat yang mummy dah lawati ini ye :-
Boleh masukkan dalam list ni klu sampai kelantan nanti...
ReplyDeleteBanyak dapat info sejarah. Jauh berjalan luas pandangan..begitulah kan. Kelantan best yerr ? Kena kerap pi sana melawat baru tau..
ReplyDeleteLama tak turun Kelantan.
ReplyDeleteLast tahun 2002 kot. Itu pun terlalu nak ke Terengganu.
fuhh..meremang baca entri ni...jiwa anak kelantan meresap di jiwa ku..hihihi
ReplyDeleteakak pernah gak gi sini dulu.. bawak mak mertua jalan.. meremang je masuk dalam tu.. haha.. dasar penakut..
ReplyDeleteBagus lawatan ke tempat macam ni sebab anak2 boleh explore dengan sejarah
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com