4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

Baru-baru ini, mummy telah mencuba wangian terbaru dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Ianya telah di lancarkan di negara ini, Malaysia. Apa yang menarik tentang haruman wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini, ianya memiliki keunikan tersendiri. Membuatkan orang di sekeliling menoleh, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai diri kita. 





Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

Syahirah dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbaru wangian antarabangsa SYAHIRAH VITALIS. Yang disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia.


4 Koleksi Wangian Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Di datangkan dalam 4 wangian terbaik dan mewah iaitu Celebrite, Femme Chic, Haute Couture dan Glamstar. Gabungan bentuk botol yang elegan dan premium serta rona-rona terpilih yang berani dan terang menggambarkan personaliti harumannya yang unik, glamor dan anggun.


4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi


HAUTE COUTURE

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Perpaduan rose, geranium, ylang ylang, woody dan musk yang begitu sensasional menciptakan keharuman yang ekspresif dalam setiap penampilan yang menarik.


FEMME CHIC

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

Perpaduan buah-buahan segar dan vanilla musk yang berkelas menciptakan keharuman yang tahan lama untuk keanggunan yang sejati.


CELEBRITE

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.


4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

GLAM STAR

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. 

Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Testimoni Mummy Tentang Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Mummy suka dengan keempat-empat wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini, kerana baunya wangi, harum, tidak tengik, baunya tidak menusuk hidung.

Sesuai di gunakan ketika ke pejabat dan beriadah juga.


Mummy gunakan botol hijau  Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne Glam Star. Best sangat, tahan 8 jam ketika berada di ofis.

Ketika beriadah (outdoor) pula, mummy gemar menggunakan botol merah wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne Haute Couture.

Mummy yakin, ramai yang suka dengan wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne kerana harganya sangat sangat mampu milik iaitu RM19.90 untuk 100ml.

5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. singgah pagi....
    wah!!mandi minyak wangi la pas nie....:)

    ReplyDelete
  2. Rasa nak tambah lagi 2 bauan tu....haih ntah bila nak jd dropship De'xandra perfume ni

    ReplyDelete
  3. bau wangi, harga mampu milik dan yg bestnya botol dia sangat menarik dan nampak mewah.

    ReplyDelete
  4. Cantik botol perfumenya tu. Bau nya pun mesti terbaik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post