AQIQAH DZAL AIDI FIQRY DAN DOA SELAMAT KE UMRAH

AQIQAH ONLINE vs AQIQAH OFFLINE - Sekejap masa berlalu , dah tahun 2020 dah. Ramai yang bertanyakan pada mummy tentang Aqiqah anak-anak kami. Mummy dedulu cari kambing untuk aqiqah adalah secara offline. Tapi kalau kata zaman sekarang ini, mummy prefer , cari online je. Bagi yang tercari-cari Aqiqah Online 2020 mummy cadangkan korang ke Aqiqah Centre ni. Senang dah sekarang ni nak buat Aqiqah, semua di hujung jari je, lelagi zaman Covid-19 ni. PPKP ? MOC semuanya terhad.

AQIQAH ONLINE VS AQIQAH OFFLINE


AQIQAH ONLINE VS AQIQAH OFFLINE. Entri ini adalah Aqiqah Dzal secara offline.. Fuh ! jenuh juga mencari kambing offline. Berjalan ke sana ke sini dari satu kampung ke satu kampung demi mencari kambing untuk Aqiqah Dzal. Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry tahun 2016 dan doa selamat Tok Mak, Tok Abah dan abang untuk ke umrah. Simpan entri satu hal, penyakit M pun satu hal. Ok lah..Sempena mood rajin datang ni. Mummy cepat-cepat story mory kisah Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat. Yang sebelum ini, mummy ada teaser majlis persiapan aqiqah Dzal Aidi Fiqry di SINI

So, kalau tanya mummy sekarang, 100% mummy sokong aqiqah online hehehe


2 ekor Kambing Aqiqah Dzal Aidi Fiqry selamat dilaksanakan. Alhamdulillah


Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat 


Percangan Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat ini dah berbulan perancangannya. Dari survey kambing sampai la ke persiapan yang lain-lain. 

Berbalik pada Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat kami mengadakan nya secara sederhana sahaja. Jika ada yang mummy terlepas jemput. Harap di maafi ye. Next baby insyaallah boleh lagi buat. Ada rezeki lebih, boleh buat lebh. Sesama doakannya.


MENU AQIQAH DZAL AIDI FIIQRY

Antara menu-menu yang ada majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Semua ini Tok Mak masak sendiri di bantu oleh jiran tetangga dan lain-lain.

 Beriyani Kambing

Rojak Buah

Ikan Masin Nanas Masak Lemak Cili Api


Dalca Sayur

Kambing Masak Merah

 Sambal Sotong dan Ayam Goreng

Jelatah / Pencuk / Acar Nanas Timun

SEPANJANG MAJLIS AQIQAH DZAL AIDI FIQRY






10 pagi Minum pagi dan Bacaan Yassin dari team Kg Melayu Subang



12 tengah hari makanan tengah hari di sediakan

Turut hadir Anak Yatim dan Asnaf dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari / Rumah Amal Kasih Bestari Kg Melayu Subang. Allah suka mummy melihat anak-anak kecil ini. Kelihatan ada kegembiraan di wajah mereka. Mungkin gembira dapat keluar outing. 

Kebanyakan mereka lebih gemar nasi putih berbanding nasi beriyani. 

4 round juga mummy masak nasi putih pada hari tersebut.









Gambar ini semua jemputan yang hadir dari surau Nurul Hidayah, sedara mara dan juga sahabat handai.

Baru perasan, gambar sekeluarga tak ada hehehe. Almaklumlah kan...triple busy. kami tak pakai perkhidmatan katering. Semua kami buat sendiri kenduri aqiqah ini.

Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar. Makanan minuman juga cukup buat semua tetamu. Terima kasih juga pada yang mendoakan kesejahteraan Dzal Aidi Fiqry.

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Alhamdulillah kak azlinda..
    Dan menunye mengugat iman ye hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..selesai sdah..:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah lega bila dah selesai.. sedapnya lauk tu dgn acar jelatah aduii

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. selesai dah majlisnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post