Pengalaman sebagai Pengadil di McDonald’s Storytelling Contest 2016. Baru-baru ini, mummy dapat peluang untuk menjadi pengadil dalam McDonald’s Storytelling Contest 2016. Pertandingan McDonald’s Storytelling Contest 2016 kali ini di adakan kawasan Klang Valley di McDonald’s Mutiara Damansara dan McDonald’s Sec 3 Shah Alam. Tapi, mummy menjadi pengadil untuk McDonald’s Storytelling Contest 2016 di McDonald’s Sec 3 Shah Alam.
Pengalaman Sebagai Pengadil di McDonald’s Storytelling Contest 2016
![]() |
Alhamdulillah, mummy di beri kepercayaan untuk mengadili sebuah pertandingn bercerita untuk kanak-kanak berumur dari 6 tahun hingga 9 tahun.
Teruja juga..lama tak jadi judge untuk program live.
Mummy sampai setengah jam awal. Event yang mummy sertai, biasanya mummy akan pastikan sampai awal 1 jam. Kali ni, derhaka sedikit ..sampai awal setengah jam sebelum acara bermula.
Mummy dah risau mulanya...rasa macam dah terlambat, sebab jalan sesak di kawasan Stadium Shah Alam. Mummy tak tahu pun, pada hari tersebut ada pameran biker's.
Nasib tak lambat !
McDonald’s Storytelling Contest 2016


Peserta untuk McDonald’s Storytelling Contest 2016 ini adalah tapisan dari beratus-ratus peserta seluruh Malaysia. Peserta ini di pilih dan di tapis dari video storytelling yang telah di hantar melalui Instagram.

Dari instagram itu, mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan zon kawasan untuk saringan storytelling separuh akhir secara live.
Lumayan juga hadiah untuk McDonald’s Storytelling Contest 2016 ini. Iaitu, hadihnya bernilai sehingga RM70,000.00 termasuk hadiah utama percutian keluarga ke Warner Bros . Best, kan?
McDonald’s Storytelling Contest 2016 di McDonald’s Sec 3 Shah Alam.

Seramai 9 peserta yang telah bertanding. Mereka perlu bercerita dalam masa 5 minit secara live.

Penjaga masa, 3 orang juri (2 darinya guru Bahasa Inggeris dan seorang lagi mummy sebagai blogger) dan 1 pengacara
Bukan senang juga ni...Dan, bukan senang juga para pengadil untuk memberi markah.

Bercerita dalam Bahasa Inggeris tentang kapak
Boleh di katakan, kesemua peserta pada hari tersebut hebat-hebat belaka.

Ayra 7 tahun bercerita dari ideanya sendiri dengan fasih.

Qaseh 6 tahun, bercerita fasih dalam Bahasa Inggeris tentang Swan and Diamond. Costume pun cantik !

Petah-petah dan sangat kreatif kesemua peserta ini. Pandai mereka bercerita, hafal patah perkataan sambil menggayakan.
Mummy ucapkan semua peserta berjaya ke peringkat akhir McDonald’s Storytelling Contest 2016 yang akan di adakan pada 3 Disember 2016 nanti.
McDonald’s Storytelling Contest 2016 separuh akhir ini, masih berjalan lagi di sekitar Klang Valley. Untuk minggu seterusnya ianya akan di adakan di McDonald’s Putrajaya dan McDonald’s Titiwangsa.
Semoga berjaya semua !

Semoga berjaya semua !

Bukan peserta sahaja yang dapat bawa balik sijil dari McDonald’s Storytelling Contest 2016, mummy pun turut dapat. Terima kasih McDonald’s.
Keterangan lanjut, boleh layari : https://www.mcdonalds.com.my/storytellingcontest/.
Keterangan lanjut, boleh layari : https://www.mcdonalds.com.my/storytellingcontest/.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com