KEMAS BAJU nama pendek bagi Kedai Makan Santai Bakso Keju. Antara tempat makan menarik di Bangi. Dimana KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju ini menghidangkan makanan Indonesia yang popular di setiap bandarnya. Ha...pada yang kepingin nak merasa makanan Indonesia. Tak perlu susah-susah dapatkan jauh-jauh lagi. Boleh terus ke KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju, Makanan Indonesia di Bangi Gateaway.
KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju, Makanan Indonesia di Bangi Gateaway
Terletak di Bangi Gateaway. Deretan kedai luar bersebelahan dengan butik MUMSLUV.
Disini, parking tak perlu bayar. PERCUMA sahaja. Boleh parking di kawasan kedai atau basement parking.
Basement parking lagi luas dan mempunyai petak lot parking yang banyak.
Kedai makan santai yang selesa. Kerusi budak juga ada di sediakan di sini. Kemudahan lain yang ada termasuklah tempat cuci tangan dan tandas yang bersih.
Bakso Keju Menu Utama di KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju.
Bakso keju antara menu utama yang menarik di KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju, Makanan Indonesia di Bangi Gateaway.
Kerana ada keju di dalamnya. Mummy memang peminat keju.
Masa makan panas-panas. Terasa kejunya caiir dalam mulut. Perghhhhhh kurang ajar sedapnya...
Tengok tu, bukan takat mak buyong ye layan bakso ni. Dzal pun suka bakso keju disini.
Antara menu set promosi. Harga dari RM8.00
Menurut pemilik restoran ini, resepi makanan di KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju, Makanan Indonesia di Bangi Gateaway. Sama seperti kedai makan bakso keju yang femes di Bali. Kerana restoran di Bali itu juga merupakan kedai makan adik beradiknya.
MENU YANG MENARIK DI KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju, Makanan Indonesia di Bangi Gateaway
Air pilihan kami, fresh orange, sirap bandung dan milo tabur
Nasi Ayam Bakar di hidangkan bersama nasi putih, sayur, ayam bakar yang dijiruskan atasnya dengn sambal special dari Indonesia.
Nasi Ayam Bakar sememangnya makanan yang terkenal di Indonesia
Ayam Kresmas atau di kenali juga sebagai Nasi Ayam Penyet. Antara menu Indonesia yang sangat mummy gemari.
Di datangi dengan nasi putih, ayam goreng, tempe goreng, tauhu goreng dan sambal khas dari bubuk dan resepi khas dari Indonesia.
Set Nasi Ayam Bakar dan Ayam Penyet ini, di hidangkan ayam ber 'portion' besar. Memang puas hati makan hidangan ini.
Ini pula, satay. Bukan calang-calang satay. Satay yang popular di Madura Indonesia. Dagingnya yang lembut. Juicy di dalam mulut.
Di hidangkan dengan kuah satay yang special ramuanny dari Indonesia.
Restoran ini menyediakan 2 jenis hidangan satay. Selain dari Satay Madura terdapat juga satay lilit.
Tapi, tak ada rezeki kami untuk merasa satay lilit kerana sudah habis.
Kalau habis tu..maknanya sedaplah kan. Nampaknya, mummy kena repeat datang makan lagi la ni untuk merasa satay lilit pula..hehehe
Ini pula..martabak manis. Ada pelbagai pilihan martabak manis di sini.
Mummy memilih martabak manis nutella, cheese dan kacang.
Rasanya, memang tak mengecewakan. Sedap !
MENARIK TENTANG KEMAS BAJU - Kedai Makan Santai Bakso Keju, Makanan Indonesia di Bangi Gateaway
- 100% daging tempatan tanpa campuran lemak
- Ayam segar terus dari ladang
- Bumbu bahan pilihan import terus dari Indonesia
- Tanpa pengawet
- Tanpa perasa
Selanjutnya boleh lawati :
Instagram : www.instagram.com/kemas.baju .
Alamat: B-16-G, Bangi gateway Commercial Centre, Seksyen 15, 46350 Bangi Selangor.
Di buka setiap hari 10 pagi hingga 10 malam.
Wah nampak sedap je bakso tu....jadi kepingin...
ReplyDeleteNama kedainya rare dan unik lah
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com