Kilang Bateri - Tempat Makan Menarik di Johor Bahru | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, seronok pagi-pagi ke pejabat sebab kurang kenderaan beberapa hari ini. Ramai yang dah bercuti untuk sambutan Raya Cina. Syarikat milik kaum Cina pun kebanyakannya dah mula cuti panjang. Mummy? Masih mereput di pejabat. Tak ada makna cuti panjang tu ha.
Ada yang bercuti di Johor Bahru ke, ni? Kalau ke Johor Bahru. Jangan lupa singgah ke Kilang Bateri, Johor Bahru. Kilang Bateri bukan untuk beli bateri tau. Kilang bateri ini tempat makan macam food court tu. Ada banyak kedai makan / stall pilihan yang menarik.
Kilang bateri juga ada kedai jual baju, mainan, dan bermacam lagi.
Jom cuci mata gambar-gambar mummy ketika datang ke Kilang Bateri Johor Bahru.
Ada yang bercuti di Johor Bahru ke, ni? Kalau ke Johor Bahru. Jangan lupa singgah ke Kilang Bateri, Johor Bahru. Kilang Bateri bukan untuk beli bateri tau. Kilang bateri ini tempat makan macam food court tu. Ada banyak kedai makan / stall pilihan yang menarik.
Kilang bateri juga ada kedai jual baju, mainan, dan bermacam lagi.
Jom cuci mata gambar-gambar mummy ketika datang ke Kilang Bateri Johor Bahru.
Kilang Bateri - Tempat Makan Menarik di Johor Bahru
Pilihan gerai makan mummy di sini, nasi ayam madu ala Jawa gitu hehehe
Dzal pun makan nasi ayam madu juga. Bagi makanan berat sedikit, senang nak berjalan-jalan nanti.
KILANG BATERI JOHOR BAHRU
Pemandangan sekitar Kilang Bateri, siapa sangka kan? Dulunya kilang bateri, kini menjadi tempat makan paling femes di Johor Bahru.
Roti Bakar Kacang Pool pilihan daddy. Kacang Pool ini memang femes di Johor. Masa daddy makan tu, ngatnya nak la rasa sket. Sekali tengok, licin terus. Mummy pun tak dapat rasa. Hehehe sedaplah tu rasanya tu
Dhia pula, memang kegemarannya dari dulu, kini dan selamanya ialah spaghetti je lah.
Pizza, Pasta & Such tu semua makanan Italian ada di situ. Pilih dan makan je...
Dessert pilihan Dhia ABC Strawberry, tapi tak habis pun makan. Mungking dia bayangkan buah strawberry yang banyak. Hakikatnya, sos strawberry je yang banyak. Huhu Mummy jugak la kena perabihkan. Sebab daddy, kalau dah stop makan, dia jenis tak boleh nak sambung makan atau meratah dah.
Susah nau nak amek gambar dengan anak-anak. Erm..belasah je la nak.
PUSAT PERMAINAN KANAK-KANAK DI KILANG BATERI JOHOR BAHRU
Sebelum keluar dari Kilang Bateri, antara tempat makanan yang menarik di Johor ini. SInggah bawa anak-anak main dalam Kilang Bateri ini dulu.
Kenyang perut, puas main, dalam kereta dorang terus ZzzZZZzz.
Memang mummy puas hati ke Kilang Bateri Johor Bahru ini, memang banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. Macam rasa nak makan je semua makanan yang ada di sana tu ha.
Parking lot besar dan luas. PERCUMA je parking di Kilang Bateri ini.
Bagi nak singgah ke Kilang Bateri, boleh waze Kilang Bateri atau follow alamat Kilang Bateri :-
83, Jalan Tampoi, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
bestnya. haritu nk sggah tapi tak sempat.tnggu pindah sana jela
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com