Anak kedua pula, Dzal Aidi Fiqry. Mummy dah kena minum 2 kali air gula (MGTT) semasa hamil. Tapi, 1 kali je mummy hadiri appointment minum air gula di Klinik Kesihatan Kajang (KK Kajang). Sebab di KK Kajang, appointment untuk minum air gula (MGTT) semasa hamil pada setiap Jumaat pagi sahaja.
APA ITU MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL?
Minum air gula semasa hamil atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan untuk memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.
Untuk kehamilan anak nombor tiga ini, mummy buat appointment di Klinik Desa Kg Melayu Subang. Alhamdulillah, mummy berjaya habiskan 1 cawan air gula tanpa mengelat. Hahahaha..kantoi cerita lama!
Air gula di Klinik Desa Kg Melayu Subang lebih sedap...aumss gitu. Eh..eh..tipu je. Dah namanya air gula, haruslah sama je rasanya. MANISSSSS...
Tapi, tekak mummy kali ini...boleh terima manis air gula. Tekak orang mengandung ni, memang pelik. Setiap kali mengandung, memang berlainan rasa tekak tu..bukan sama je rasanya.
Mummy rasakan air gula yang mummy minum semalam tu tak semasnis sebelum ini. Tapi, kena sound juga denagn nurse KD Kg Melayu Subang tu,"Puan Azlinda, jangan termenung lama sangat. Minum cepat sket ya !"
Lain orang lain cara minum, kita minum memang beradab. Seteguk, seteguk tiap kali minum. Cara orang Islam, ada ke mengajar minum sekali teguk dalam satu gelas?
Eh..mummy bukan ustazah sangat. Mummy akui, banyak tips yang suruh minum seteguk terus air gula untuk elakkan loya atau rasa tak sedap.
Mummy tak biasa minum sebegitu, kalau buat tentu boleh terluah balik. Masing-masing punya tips la kan. Mummy tak salahkan sesapa pun dalam tips minum air gula.
Ikut keselesaan masing-masing, nak minum air gula macamana.
PROSEDUR MINUM AIR GULA MGTT UNTUK WANITA HAMIL.
Di Klinik Kerajaan yang mummy selalu pergi ni, sama sahaja prosedur untuk minum air gula.
1. Puasa selepas 10 malam (sehari sebelum), jam 8 pagi dah kena berada di Klinik Kesihatan untuk ambil nombor giliran.
2. Apabila nombor giliran di panggil, nurse terus ambil darah mummy. Untuk bacaan semasa puasa.
3. Selepas, darah di ambil di bahagian lengan, mummy terus diberikan air gula.
4. Habis satu cawan air gula, mummy kena berehat selama 2 jam. Tak boleh makan, minum dan tak boleh keluar dari perkarangan klinik.
5. 2 jam kemudian, mummy di panggil untuk mengambil darah lagi di lengan.
6. Selesai prosedur ambil darah dan minum air gula.
Bagaimana dengan keputusannya? Untuk Klinik Desa Kg Melayu Subang, mummy akan diberitahu keputusan semasa appointment yang akan datang.
Nanti mummy kongsikan result mummy ye :)
SENARAI SEMAK UJIAN MGTT / AIR GULA
1) Umur >35
2) BMI >=27kg/m2 atau berat >= 80 kg
3) Sejarah keluarga ada diabetes
4) Sejarah Gestational Diabetes (GDM)
3) Sejarah keluarga ada diabetes
4) Sejarah Gestational Diabetes (GDM)
5) Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan
6) Sejarah Kelahiran IUD / stillbirth / 0-6 hari / Congenital malformation
7) Kenaikan berat badan melebihi 2kg /minggu
8) 2 kali glycosuria
9) Recurrent UTI/ Candidiasis
10) Polyhydramnios
11) Sejarah melahirkan bayi 4kg ke atas
TIPS MINUM AIR GULA (MGTT) IBU HAMIL
Sedikit tips minum air gula (MGTT) ibu hamil, yang ingin mummy kongsikan. Tips ini mummy perolehi dari website majalahpama. Jika, ada yang nak mencuba tips ini. Boleh mencubanya.1. Jaga pemakanan
Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.
2. Berpuasa
Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Walaupun diminta berpuasa, anda hanya tidak boleh makan tetapi, masih dibenarkan untuk minum. Walau bagaimanapun, hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.
3. Minum dengan cepat
Anda perlu minum dalam masa yang pantas. Minum 200ml air gula itu sekali gus dan bukannya sedikit demi sedikit. Jika perlu tutup hidung, asalkan anda dapat menghabiskan air gula yang diberi secepat mungkin.
4. Kumur mulut selepas minum
Rasa gula yang manis mudah membuatkan anda berasa loya dan mahu muntah. Bagi mengelakkan hal itu, segera kumur mulut dengan air paip yang bersih. Secara tak langsung ini dapat membantu anda menghilangkan kemanisan air gula yang ada di dalam mulut.
5. Berehat di tempat yang selesa
Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.
6. Jangan terus makan berat
Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.
hr tu dah buat.. 1st time minum air gula kt kk. sedap. alhamdulillah bacaan normal. padahal amalm tu dah melantak mee goreng 2 pinggan
ReplyDeleteAkak x pernah rasa lagi minum air gula..dulu masa dania pun x pnh minum
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com