Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 minggu?

Dah anak masuk tiga baru ada knowledge tentang Ultrasound NT Scan 2D 3D, pada asalnya mummy blur juga kenapa agaknya Ms Jezzlyn - Sonographer Sonovision ini buatkan appointment Ultrasound NT Scan 2D 3D kehamilan 12 - 13 minggu. Penting ke Ultrasound NT Scan 2D 3D pada kehamilan 12 - 13 minggu ?


Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 Minggu?




Scan kali ini, bawa anak-anak pula. Nak bagi mereka nampak baby dalam perut. 

NT Scan ini mengambil masa yang lama sedikit. Sebab bacaannya perlu di ambil ketika bayi dalam perut statik. 

Baby kitorang ni aktif sangat, siap lambai-lambai tangan masa NT Scan tempoh hari. Macam tau-tau je kakak dan abangnya ada.

Sebelum mummy cerita panjang. Mesti ada yang nak tahu apakah ia Ultrasound NT Scan ni.

Entri sebelum ini, dating scan mummy dengan Sonovision berjalan dengan lancar.  Dating scan pada trimester pertama ketika mummy hamil lebih kurang 7 minggu. Ianya bertujuan untuk mengesahkan janin masih hidup, untuk tetapkan usianya, mengesahkan denyutan jantung bayi dan juga untuk mengukur panjang bayi.

Alhamdulillah bayi dalam kandungan mummy sihat.

Trimester kedua ini pula, mummy telah menjalani Ultrasound NT Scan 2D 3D.


Mengikut bayi-ibu.com NT Scan iaitu Nuchal Translucency ini tujuannya untuk mengukur kawasan cecair di bawah kulit leher janin dan kehadiran tulang hidung. Tulang hidung merupakan penanda (soft marker) untuk keabnormail kromosom.

Ianya boleh mengesan hampir 90% masalah genetik seperti sindrom down.

Haaaa...penting tak agak-agaknya NT Scan ini?




Ms Jezzlyn minta mummy dtang pada kehamilan 12 -13 minggu kerana pada waktu ini bacaan NT Scan tepat

NT SCAN ini di sarankan bagi wanita :

  • Ada mengambil ubat-ubatan atau dadah merbahaya
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu
  • Mengandung pada lewat usia, iaitu 35 tahun dan keatas
  • Ada menggunakan insulin yang disebabkan kencing manis
  • Mempunyai jangkitan virus semasa hamil
  • Terdedah kepada radiasi yang tinggi



Video NT Scan di SONOVISION

Bagaimana Ketepatan ujian NT Scan ini?

  • NT Scan boleh mengesan hampir 90% masalah genetik terutamanya SIndrom Down
  • Bacaan NT yang tinggi ( 2.5 - 3mm) dan tulang hidung tiada kelihatan meningkatkan risiko SIndrom Down
  • Untuk Lebih tepat Ujian lain akan di jalankan selepas NT Scan


Alhamdulillah bacaan ujian NT Scan baby D ialah 1.4mm.


Thank you to my favorite Sonographer - Ms Jezzlyn. Jumpa lagi next appointment :)


CARA BUAT APPOINTMENT ULTRASOUND SCAN DI SONOVISION

Bagi yang nak buat appointment di Sonovison Kelana Jaya ini. Boleh ikut langkah-langkah booking scan ultrasound ini :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:


Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183


Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya

3 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Tahniah mummy....
    semoga kandungan mummy sentiasa sihat...InsyaÁllah...
    Tq sharing..buat panduan org macam nieyl nie... :)

    ReplyDelete
  2. Good info kpd bakal2 ibu.. Apa rasa eh bila baby sangat aktif dlm perut?

    ReplyDelete
  3. Wahhh tahniahhh kak linda... baru tahu kak linda preggy.. apapun, bagus nt scan ni... senang nak tengok dan buat early detection.. thanks share kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post