Mummy memang sejenis memilih sayur, bayam antara sayur yang paling mummy tak suka. Oleh kerana mummy tak makan bayam, maka memang tak pernah masak menu bayam. Macamana kali ni mummy boleh masak tempura bayam atau lebih di kenali sebagai bayam goreng tepung, ya?
Ha..jeng..jeng..jeng.
Mummy cuba buat tempura sayur bayam atau bayam goreng tepung. Setelah melihat kawan mummy masakkan untuk anaknya.
Macam keropok sayur gitu. Nampak macam menarik untuk di makan begitu sahaja.
Alhamdulillah mummy boleh makan dah sayur bayam bila di masak tempura atau bayam goreng tepung.
Ranggup sangat.
Bayam ni sebenarnya antara sayur yang paling bagus. Lelagi, untuk ibu mengandung macam mummy ni ha.
Bayam mampu menjaga hemoglobin darah dengan bacaan yang baik.
Korang yang nak cuba untuk anak atau diri sendiri sangat digalakkan. Macamana nak buat bayam goreng tepung?
Senang je..
RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG
BAHAN MASAK TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG
Bayam
Tepung beras
Garam
Minyak masak
CARA MASAK RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG
Bayam di ambil daunnya. Atau pucuk sekali dengan batang bayam pun boleh juga.
5 sudu tepung beras
Bancuhkan tepung beras tadi bersama sedikit air dan garam.
Bancuh jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Agak-agak airnya.
Goreng dalam minyak masak yang panas.
Mummy masukkan sedikit demi sedikit daun bayam tu. Supaya ianya tak melekat bila goreng banyak.
Balik-balikkan dan angkat.
Sedia di makan..anak-anak pun suka sangat. Macam keropok katanya
Sedapnya.... Tak pernah lg buat bayam goreng tepung.... Boleh cuba ni...
ReplyDeleteWah..boleh buat ni..senang je kan..
ReplyDeletedah mcm rumpai laut..sedapnye rangup2
ReplyDeleteBestnya.. sedap dan udah dimasak.?
ReplyDeleteBelum pernah makan lagi.
ReplyDeleteKak Sue satu family suka makan sayur,boleh cuba nanti nie..
ReplyDeleteNani ni pun bukanlah peminat bayam. Heheh. Boleh lah try buat yang ni pulak lepas ni
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com