DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK | Ayat yang agak sinonim dengan jejaka Malaya. Tapi, memang ada betulnya...fesyen rambut jejaka ni, kadang-kadang boleh membuatkan gadis tak keruan melihatnya.
Sebab itu lah, masa kini ada pelbagai fesyen rambut. Tak kurang dengan daddy juga. Suka tukar-tukar fesyen rambutnya.
Untuk menjadikan fesyen rambut ini kekal dan menarik. Selalunya, daddy akan menggunakan wax rambut. Ada pelbagai jenis wax ini sebenarnya, nak nampak natural, rambut kering atau rambut basah pun boleh.
FEsyen rambut pun sebenarnya tak terbatas dengan wax sahaja, boleh digayakan dengan jenis clay atau fibre juga.
Jom kita kenali dengan Dashing Elite On The Go Hair Wax.
DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX - GAYA GEMPAK, KEKAL TERPACAK
ELITE, suatu jenama penggayaan rambut lelaki. Jenama pengayaan terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!
Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.
ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.
ELITE Hair Wax Gayakan Mengikut Keinginan Anda
Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!
Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.
Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.
Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!
Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!
Airy Wild (tiada gambar) hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!
ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu.
Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja.
ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.
Nasib asben iolls suka botak..kalau dia suka buat style rambut memacam, memang ku beli je yg ni..hehe
ReplyDeleteMakin ensem la cik abg Linda nanti ni...jimat barangan penjagaan diri macam ni
ReplyDeletetak pernah try lagi brand elite. boleh try apa yang akak rekomen ni
ReplyDeletewahhh banyak pilihan kan. semuanya best-best. abang kc ada 1 set dashing wax ni :D
ReplyDeleteMya suka usha wax ni kalau pergi Guardian or Watson . Nak beli , adik tak pakai . Takkan Mya nak pakai ? kihkih
ReplyDeleteBanyak pilihan wax Dashing nie ya..baru tahu..
ReplyDeleteEn.somi tak boleh nak pakai wax cmni.. sakit kepala katanya.. jadi rambutnya memang tersimpan dalam topi atau kopiah dia je la..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com