Salam Isnin semua. Pagi ni sejuk hujan kan. Bila hujan ni, masa yang baik untuk submit doa. Okey..berbalik kisah dan tujuh pesan seorng ibu kepada anak lelakinya yang mengharukan. Mummy terima mesej ini, dari bapa mertua di group Whatsapp. Mak mertua mummy tak ada lagi di dunia..makanya mesej ini mungkin mesej yang ingin beliau sampai kan.
Mummy terbaca dan tetiba mengalir air mata pulak. Bila lah kan...hati tisu ! Tengok drama biasa-biasa pun boleh nangis gak.
Jemput baca...terutama bagi yang bergelar suami. Hehehehe. Jangan marah tau. Kita kongsikan je 'sharing is caring'.
TUJUH PESAN SEORANG IBU KEPADA ANAK LELAKINYA YANG MENGHARUKAN
1. Ibu berkata, hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.
2. Ibu berkata, jika marah boleh tidak memberi wang, boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, memukulnya).
3. Ibu berkata, jantung rumah adalah seorang isteri. Jika hati isteri mu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada canda tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia dan engkau akan merasa seperti di syurga.
4. Ibu berkata, besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin diperhatikan. Dengan begitu maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.
5. Ibu berkata, 2 orang yang tinggal 1 atap (menikah) tidak perlu sombong, bertingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.
6. Ibu berkata, diluar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkanmu dan punya pria idaman lain dibelakangmu.
7. Ibu berkata, banyak isteri yang baik. Tapi diluar sana banyak pria yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan, Sebab ia akan sulit sekali untuk kembali.
Paling suka nasihat no 6.
ReplyDelete.
Sesuai dengan ungkapan
.
Wanita diuji saat isteri tak punya apa apa, Lelaki diuji saat banyak harta
.
Banyak perempuan muda luar sana nampak suami orang yang dah stabil. Sedangkan isterinya yang banyak berkorban untuk melihatnya berjaya
Sama2 berpesan2..sama2 muhasabah diri.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com