Cucur Bawang dan Cucur Bilis Breakfast Mudah Di Hujung Minggu - Cerita weekend hari tu. Dok terfikir-fikir, nak masak apa lah untuk menu breakfast. Tekak mengandung kali ini, biasa lah..suka makan makanan masa pepanas. Kalau makanan dah sejuk, selera makan tu terus hilang.
Terus, godek-godek kabinet dapur rumah yang hampir 2 minggu di tinggalkan. Akhirnya ternampak tepung gandum. Hrm...buat jemput-jemput la. Jemput-jemput ini bahasa pasar dalam rumah kami. Tapi, asben (orang Tepeng) panggil cucuq. Ok lah, cucur ke cucuq ka..sama sahaja dengan jemput-jemput.
Versi 2 cucur / 2 jemput-jemput untuk breakfast semalam. Cucur bawang dan cucur bilis.
Cucur Bawang dan Cucur Bilis Breakfast Mudah Di Hujung Minggu
Versi mummy dan daddy memang lain. Hehehe sebab mummy kurang sukakan bawang yang macam raw ni.
Lagi satu, mummy suka cucur lembut sedikit (bancuh cair). Tapi daddy pula, suka yang kenyal (bancuh pekat).
Kelainan dan sifat ketaksamaan bukan ukuran untuk pergaduhan dalam hubungan rumah tangga. Tapi, ianya melengkapkan satu sama lain. Sifat kontra sebegini yang membuatkan mummy lebih matang dan tak syiook sendiri hehehe.
Okeyla..entri kali ini tak ada resepi. Sebab resepi untuk cucur mummy dah pernah tulis di SINI
sdapnya..:)
ReplyDeletenyum2... meh hantor sket plsss.. hehehe
ReplyDeletewahh masih boleh masak masa ngandom.. bagusnye.. lea dh tak leh masak dah.. huhuhu
ReplyDeleteSedapnya cucuq tu....
ReplyDeletesesekali makan cucur ni sedap juga
ReplyDeleteTakpo laaa lain lain pon janji mummy yang buat .. hehehe nampak sedapp..
ReplyDeleteSedap makan dengan sos cili dan air teh o panas
ReplyDeletemakan petang dengan air teh. sedapnya.
ReplyDeletewww.liahasty.com
memang minat juga cucur ni, tapi lama juga tak buat
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com