Lama Tak Dating dengan Dentist - Tiap kali mengandung memang masalah gigi akan datang. Faktor umur pun ye juga tu. Jangan kata mummy tak minum susu dan amek kalsium tau. Padahal mummy memang minum susu dan makan pil kalsium (ostematrix). Hehehe. Siap mentioned gitu,
Doktor klinik ibu dan anak memang sarankan pada mummy, yang ibu mengandung di haruskan untuk buat check up gigi. Mummy dah selesai check masa kandungan 3 bulan di KK Kajang. Doktor gigi kata gigi mummy sihat. Cuma kena scalling je. Aah, lama tak scalling gigi. Memang patut kena scalling ni,ha !
Tapi, mummy dapat rasakan tampalan gigi geraham mummy dah pecah. Tak tahu lah doktor tu perasan ke tak. Oleh kerana dia kata gigi mummy, ok. Maka, mummy pun positif je la..
Anggap gigi mummy ok jugak, lah !
Anggap gigi mummy ok jugak, lah !
Dan baru-baru ini, mummy dah tak boleh gigit makanan sebelah kiri dan kanan. Dedua geraham tu rasa ngilu bila menggigit makanan.
Nak tak nak, Sabtu yang lalu...mummy ke dentist depan rumah, Dr Pinky Kajang Perdana. Kekonon datang nak check dan dapatkan nasihat je. Jumlah nak kena buat 2 tampalan geraham - redo, 1 tampalan baru dan harus kena cuci 'scalling'.
Lama Tak Dating dengan Dentist - Masa untuk dating dengan Dentist !
Muka takut nak buat treatment gigi. Hahaha. Mummy memang jenis tak tahan sakit. Scalling pun tak tahan ! Tapi, demi untuk makan dan baby dalam perut. Harus kena buat juga. Kalau tak scalling nanti gusi cepat berdarah, bila dah berdarah banyak la kuman dalam mulut dan mulut pun mudah berbau.
Terus mummy pilih buat scalling dulu. Treatment seterusnya, baru buat tampalan la kot.
Peneman mummy untuk berjumpa dengan dentist. Nasib buat scalling tak lama, dalam 10 minit je. Terima kasih anak-anak.
Dok pikir lagi lah ni, samada nak buat tampalan geraham - redo pada waktu terdekat ini ke tunggu nanti. Sebabnya, redo ni wajib bius, nak korek tampalan lama dan buat tampalan baru.
Bius pula, kurang bagus untuk wanita mengandung. Dentist lain, sarankan untuk tunggu hingga bersalin. Jika mummy boleh tahan.
Buat masa ni, gigi dah tak ngilu. Mungkin sebab dah scalling. Hilang rasa ngilu-ngilu yang dulu. Macam majik pulak hehehe.
Buat masa ni, gigi dah tak ngilu. Mungkin sebab dah scalling. Hilang rasa ngilu-ngilu yang dulu. Macam majik pulak hehehe.
Cuma nya tampalan gigi geraham tu dah pecah, dan ada lubang kecil.
Di belenggu sekejap huhuhu...
tetiba teringat kami pun lama gak tak jumpa dentist
ReplyDeleteciktie pun dah lama tak jumpa dentist
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan utk proses seterusnya ya lyn..
ReplyDeleteKak Sue pun suka ngilu gigi, faktor usia kut..dah la takut nak jumpa dentist..ehehe..
ReplyDeletePaling takut jumpa doktor gigi...
ReplyDeleteAkak baru sudah buat rawatan gigi..mmg seriaupadahal xde apa pun
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com