MYIPO - PROSEDUR MENDAFTAR TRADEMARK ATAU CAP DAGANGAN

MYIPO - PROSEDUR MENDAFTAR TRADEMARK ATAU CAP DAGANGANBeberapa minggu ini, mummy super duper busy. Dengan urusan KKM, MyIPO dan pelbagai hal kerja. Badan letih dan otak pun tak kurang letihnya. Gini lah kan, cari makan ! Syarikat mummy bekerja ni, ada banyak produk baru yang syarikat akan keluarkan. Seperti biasalah kan. Sebelum keluar produk tu, nak kena ke MyIPO untuk urusan mendaftar trademarks atau cap dagangan. Rugi o...sapa tak daftar trademarks (cap dagangan). Silap haribulan..ada org tiru nama atau logo. Nangis sekejap di situ.


PROSEDUR MENDAFTAR TRADEMARK ATAU CAP DAGANGAN DI MYIPO




PROSEDUR MENDAFTAR TRADEMEARK ATAU CAP DAGANGAN


Bagi yang ada bisnes, mesti tahu kot kepentingan trademarks (cap dagangan) di MyIPO ini. Tapi, bagi yang belum tahu. Mummy share sedikit sebanyaklah ye tentang kepentingan trademarks (cap dagangan). Ttrademarks (cap dagangan) ini sebenarnya untuk protect jenama atau branding kita termasuk logo. Tapi, segalanya bergantung pada approval MyIPO jugak.

Susah ke buat trademarks (cap dagangan), ni? Sebenarnya ..tak susah mana pun register trademarks (cap dagangan) .

Prosedur trademarks (cap dagangan) adalah seperti berikut :-




Prosedur Permohonan Cap Dagangan

  • Borang TM5 perlu dibuat 5 salinan dengan disertakan sekali 5 salinan logo 
  • Satu salinan asal Surat Akuan Bersumpah (SD) dan disertakan bersama dengan satu salinan logo 
  • Saiz logo tidak melebihi 10cm x 10cm 
  • Satu salinan Borang 49/Borang D/ surat yang menyatakan senarai ahli pekongsi dan pengarah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika permohonan didaftarkan di atas nama syarikat. 
  • Dokumen tuntutan prioriti (jika perlu) 
  • Terjemahan dari penterjemah bertauliah bagi logo yang mempunyai perkataan selain perkataan roman (jika perlu) 
  • Pembayaran untuk satu permohonan adalah sebanyak RM370.00. pembayaran boleh dibuat melalui tunai/ cek/ wang pos/bank draf di atas nama “Perbadanan Harta Intelek Malaysia”. 

Siap semua apa yang MyIPO nak..terus buat submission trademarks (cap dagangan).

Nanti, dah siap atau dah lulus. MyIPO akan hantar surat ke syarikat. Ha...Sebelum tu kena bayar yuran kelulusan tau. Lebih kurang RM650 je.

Harga manpu milik la tu, kan...lepas adanya trademarks (cap dagangan) . Tak perlu risau orang tiru logo atau jenama dah. Kalau ada yang tiru. Saman aje ! Hehehe

1 trademarks dah lulus..ada 3 trademarks lagi mummy nak kena buat. Chan chin chow dulu ye.. hehehe

Okay..selanjutnya atau apa-apa persoalan, jangan tanya mummy tau. Tanya terus MyIPO di :


5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Ooo...senang je...
    tq mummy..sharing ilmu hari ini...

    ReplyDelete
  2. oooo camni caranye.. baru tau.. perkongsian yg bagus ni alin.. 😀

    ReplyDelete
  3. Good sharing, Abang Man pun belum daftar lagi nie Linda..

    ReplyDelete
  4. oo..gud info mummy..betul penting trademark kita tu..tambah2 kalau bisnes kita dah maju..kang orang senang2 tiru..mmg nangis di bucu meja la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post