RAYA AIDILFITRI 2017 PALING BERMAKNA ! , seperti biasa trend tema raya menjadi bualan hangat di media sosial. Bukan niat riak menunjuk tapi apa salahnya setahun sekali je,kan ! Eh..Apa tema korang? Mummy #teamrayaselangor #temapink . Apa pun, raya Aidilfitri 2017 kali ni paling bermakna bagi kami sekeluarga. Kerana, ada orang baru dalam hidup kami ! Walaupun mummy hanya beraya dalam rumah berkain batik, berparam, berpilis.
Sebelum tu..tak terlewat lagi rasanya mummy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada semua. Kosong-kosong kita kali ini, ye !
Sebelum tu..tak terlewat lagi rasanya mummy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada semua. Kosong-kosong kita kali ini, ye !
HAPPY 3RD BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY !
1 Syawal tahun ni, merupakan birthday Dzal Aidi Fiqry (yang bermaksud punya kekuatan, fikiranku, pemikir, pemikiranku ) ke 3 tahun.
Sekejap je ..abang ni dah besar. Rindu tika masa awak kecil-kecil dulu.
RAYA AIDILFITRI 2017 PALING BERMAKNA !
Firds' + Azmans' Familia :) on Aidilfitri 2017
Walaupun baru 4 hari melahirkan anak. Sempat juga mummy berbaju raya. Semata-mata nak amek gambar je mummy tu. Hehe.
Baju raya mummy pakai datangnya dari Butiq Aqid Aqila. Baru 1x je pakai masa teaser review aritu. Oleh kerana..dah dapat agak , yang akan bersalin di bulan Ramadhan. Maka, mummy tak heran sangat nak cari baju raya lain
Kebetulan baju raya Dhia Batrisya mummy dah beli awal tahun. Pink Fuscia. Sedondonkan sekali warna baju mummy.
Daddy pula beli sedondon dengan Dzal Aidi Fiqry Pink Strawberry. Biasalahkan..nak pink fuscia baju ready made lelaki memamg tak mudah.
Lagi pun, kami memang letakkan deadlines beli baju melayu. Tak nak beli last minit di kala orang lain berpusu-pusu membeli belah.
Mana boleh dapat sedondon tu..kira okay lah. Tema pink juga,kan !
Family adik bersama-sama. Dorang tema maroon. Eh, dah macam sedondon pulak. Padahal tak pernah tahu pun tema raya dia hehe.
Daddy's boy ..ada je nak ngadunya dengan daddy. Sorrylah anak-anak. Di awal-awal tempoh berpantang ni, mummy kena banyak bertenang..tok leh di ganggu sangat.
Banyak habiskan masa untuk berehat. Nanti dah sembuh..mummy layan semua macam biasa ye !
Gambar dengan laki pulak hehe. Tak de adegan romantik sangat la ye.
Tengah pantang katanya..hehehe
Tok mak dan tok abah bebudak ni gak maintain low profile tak nak pakai baju raya. Nak simpan tuk pakai beraya di Johor nanti.
Nak tak nak, wajib balik. Nenek mummy tengah uzur dan tak sihat di kampung.
Mummy doakan nenek Rokiah sihat seperti sedia kala. Rindu nenek...tapi apakan daya. Mummy pun masih berjalan terkial-kial lagi ni.
Santai time..anak-anak bersama sepupu mereka.
Dah tengah hari..cuaca dah panas terik. Marilah kita tukar uniform ye anak-anak.
Baju baru..walaupun duduk rumah je.
Mummy faham..anak-anak dh besar. Nak tahu erti keriangan di hari raya.
Nak bergembira di hari raya. Jadi, baju baru untuk raya wajib hado jugak.
20 JENIS WARNA PINK !
Mana mummy dpat istilah strawberry dan fuscia? Ni lah..jenis-jenis dalam warna pink ! Sampai 20 jenis warna pink yang hado. Hehehe.
Kisah raya mummy tak banyak mana. Ni jelah cerita yang hado. Taip 1 entri je, siap ! Hehe.
Walaupun simple.. Tapi..Raya Aidilfitri 2017 ni paling bermakna bagi kami sekeluarga.
Raya korang acaner, pulak?
Raya korang acaner, pulak?
Cantik warna tema raya akak
ReplyDeleteHahahaha...gagah sungguh kak mencari nama sampai 20 jenis tuu! btw, Selamat Hari Raya kak...Maaf Zahir & Batin :)
ReplyDeletehappy belated birthday Dzal...selamat hari raya Linda & family, selamat berpantang..
ReplyDeleteMeriah raya mummy dengan kedatangan orang baru..
ReplyDeletesalam aidilfitri mummy..
Selamat hari raya Linda, maaf zahir batin 😊
ReplyDeleteTahniah dear atas kelahiran orang baru. Memang bermakna sangat Aidilfitri gitu kan? ...Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin .
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeleteSeronoknya dapat beraya dengan orang baru,... Dapat jugak bergaya dengan baju raya tu.. Alhamdulillah.. :)
ReplyDeleteHappy birthday dzal boboi ensem.. byk juga rupanya kaler pink ye
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com