assalamualaikum. Salam Isnin semua ! Jangan kelat sangat atau Monday blues ! Jom baca entri pagi ni. Mungkin boleh buat kita tersenyum.
Just suka suka pagi Isnin. SENYUM ITU SEDEKAH KAN ;)
BELIEVE IT OR NOT !
*1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.*
*2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*
*3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*
*4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*
*5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.*
*6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.*
*7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.*
*8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.*
*9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.*
*10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.*
*11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.*
*12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.*
*13-Kuda laut tidak boleh berlumba.*
*Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...*
*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*
*2. Kamu sememangnya manusia..*
*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*
*4. Kamu baru saja mencubanya..*
*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*
*7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..*
*8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..*
*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*
*^Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*
*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*
*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*
*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin" yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*
*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA*
*```MEMBUAT ORG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN BERSEDEKAH...```*
singgah pagi isnin yg ceria bila baca entry akk pagi ni...:)
ReplyDeletehaha tengah senyum sendirian ni
ReplyDeletehaha...
ReplyDeleteGood start dengan senyum isnin
ReplyDeleteHaha. Tersengih2 ana baca entri ni kak
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com