Kalau korang ada terbaca entri mummy sebelum ni kisah membida atau bid di Chilindo. Pastinya, korang tahu mummy ada menang bid di Chilindo. 2x bid..makanya. Kena buat 2x penghantaran. Sebab ter daftar keluar awal-awal tu. Nasib badan lah, kena cas pembayaran penghantaran sebanyak 2x huhu
Apapun, mummy rasa berbaloi jugak lah. Sebab barang mummy bid semua stok memurah je. Tak sanggup nak bid memahal.
YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI
Parcel 2 kotak sebab dua kali bid :(
Menang bid sunglasses. Sempat melaram masa 44 days pantang. Haha..tu pilis kat kepala tu, jadi saksi hehe.
Mummy memang teringin nak sunglasses yang ala-ala cermin macam ni.
Huhu.. bila tunjuk kat daddy. Daddy terus berbunyi.."mana sunglasses RayBan original ?" ..haha. sudah ! Dah berkurun selongkar cari tak jumpa RayBan original. Sebab tu lah mummy pi beli lain :)
Topi kepala Daim Naufal tak plan pun nak beli. Tiba-tiba, mummy tergerak nak bid. Dan tetiba menang. Haha. Anggap rezeki buat Daim Naufal.
Ipad stand tu untuk Dzal atau Dhia. Dorang kadang-kadang penat pegang tab / ipad. Lelagi kalau nak facetime daddy dorang. Jenuh cari tempat untuk sandarkan iPad .
Adanya stand ni..senanglah nak ber facetime
Rak kasut memang mummy mencari. Kalau boleh nak murah-murah je. Dan, kalau boleh muat banyak untuk letak kasut dan selipar. Bagus,gak. haha..macam-macam kehendak mumy ni, kan?
Rumah tokmak dah penuh dengan kasut dan selipar. Rak kasut yang sedia ada pn dah penuh.
Jadiklah, bid sampai jadi pada harga yang patut kat chilindo ni :)
Dua barang ni berharga RM0.50 dan RM1.4 kalau tak silap..kalau salah, jangan marah na..
Urat mummy banyak putus..baru je lepas beranak. Hehe..
Kad reader tu nanti nak transfer gambar dari handphone ke laptop atau ke external hard disk.
Kad reader mummy yang lelain ntah mana. Oleh kerana, tetiba bid menang. Amek je lah. Bukan mahal nau pun.
Tutup mata..jalan....
Penghantaran agak lambat gak dalam 4 hari juga Chilindo pos..
4 hari waktu bekerja ye..Sabtu Ahad tak masuk.
Dengar kata...sekarang ni penghantarannya 2-4 minggu pulak. Agaknya ramai yang bid kot. Banyak barang nak kena keluar
Lama benau tu..masak ranum lah kalau nak menunggu.
BERBALOI KE BID DI CHILINDO?
Bagi mummy..tengok barang apa dan harga berapa.
Mummy aim gak mainan suitcase. .tapi ramai bid. Yang menang pun harga lebih RM30. Mummy godek shopee. Baru RM20 lebih je mainan tu. Erm..beli terus kat shopee. Tak yah lah dok bid kat chilindo.
Kalau nak bid kat chilindo ni..pastikan kita tau harga barangan semasa barang tu . Jangan main bid dan bayar. Kang rugi pulak !
BERKUALITI KE BARANGAN CHILINDO?
Kualiti barangannya sama macam harganya. Nak high expectations. ..kena pi beli harga mahal.sket kat luar la kan.
Bagi mummy, oklah barangannya.
Ada gak baca review...orang yang beli kamera dan video cam. Macam negatif review.
Untuk 2 barangan ni..memang mummy tak bid. Tak memerlukan buat masa ni. Jadi, tak tahu nak komen u
Kakak echa pun ada main bid chilindo ni haritu. Mcm2 je dia dapat. Hihi. Bahaya lah website nii. Habis semua nak bid. 😂
ReplyDeleteya allah ya tuhanku jangan la SA terjebak....behave SA behave...bulan ni sesak sikit..semua nak kena bayar...ingat SA...
ReplyDeleteMurahnya.. kena cuba beli juga ni dari chilindo
ReplyDeletehari tu ada jugak nak bid kat situ,satu menang,tp takut pulak nak bayar sebab ramai gak review bnyk barang rosak...tapi seronok pulak kan tengok orang main bid ni...hahaha
ReplyDeletewahhhhh berjaya menang bid kat chilindo! cayalah akak! hehehe
ReplyDeletewah murah gler barang2 yang mummy berjaya bid ya. baru nak tanya mummy ni tengah berpantang ke? rupanya btollah kat dahi tu pilis. hihihi. mak2 berpantang tak boleh keluar rumah memang keje online shopping je kan.sama lah kita. haha
ReplyDeleteHahaha saya pun pernah terjebak...tapi tak terbeli sebab asyik kalah je..haha
ReplyDeleteHahaha terjebak jugak lyn hehehe...byk btol bid tuu..
ReplyDeleteNk tnye .klu dh buat payment..cmne nk tau brg kte beli tu dh pos ke belum..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com