MAKAN-MAKAN SUNDAY BRUNCH BUFFET DI SWIMMING POOL HOTEL THE STRAITS HOTEL & SUITES MELAKA . Kalau cerita bab travel, harus ada cerita bab makan-makan. Barulah, ia di namakan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM), kan? Hehehe. Sebenarnya entri ini. Entri seperti yang mummy janjikan tempoh hari, dalam entri PERCUTIAN KAMI DI BANDAR MELAKA. Mummy ada janji nak cerita tentang The Straits Hotel & Suites Sunday Brunch Buffet di Level 23, Pizzaria Restaurant & Bar, Eat and Swim iaitu makan sambil mandi di swimming pool. Makan tepi swimming pool memang seronok. Rasa tenang dan relax sangat-sangat !
Korang tak caya? Ha..Kalau nak tahu seronok ke idak? Jomlah bercuti dan makan-makan di The Straits Hotel & Suites Sunday Brunch Buffet di Level 23, Pizzaria Restaurant & Bar, Eat and Swim. Kalau perasan, biasanya lepas berenang. Badan akan cepat lapar. Betul tak? Kali ini, lepas berenang tak perlu ke sana sini cari makan. Hanya naik dan makan BRUNCH BUFFET. Nak ulang 20 atau 30 kali pun tak de hal.
MAKAN-MAKAN SUNDAY BRUNCH BUFFET DI SWIMMING POOL HOTEL THE STRAITS HOTEL & SUITES MELAKA
Sunday Brunch Buffet ini terletak di The Straits Hotel & Suites, Tingkat 23, Pizzaria Restaurant & Bar, Eat and Swim. Harga Sunday Brunch Buffet ini tak mahal pun, hanya RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak / warga emas. Setiap Ahad dari 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang.
Konsep buffet, boleh makan setiap masa sehingga 5.30 petang. Haaa...menarik,kan?
Konsep buffet, boleh makan setiap masa sehingga 5.30 petang. Haaa...menarik,kan?
Mummy tak mandi sebab jaga baby Daim Naufal. Sambil jaga baby, sambil tengok anak-anak mandi dan makan. Memang best,sangat !
Pilihan kami, satay, nasi impit dan pizza. Sedap tu, dapat makan satay di siang hari. Pulak tu, satay ni memang kegemaran mummy. Erm......memang puas hati !
Burger, aiskrim, chicken wings, keledek goreng, pisang goreng dan kuey tiaw goreng puan ada !
Mummy masih teringat-ingat chicken wings yang super duper sedap. Garing, ranggup dan sangat menyelerakan. 3-4 round gak mummy pekena chicken wings tu. Hahaha..
Daddy, Dhia dan Dzal berendam. Penat berendam, kita sambung makan minum lagi ye !
Memang seronok sangat lepak Hari Ahad di Staits Hotel & Suites ini. Santai di swimming pool dan makan-makan tepi swimming pool. Otak yang serabut pun boleh jadi tenang, tau ! Hehe nampak sangat mummy tengah serabut,kan?
Bukan serabut sangat pun, cumanya baru lepas bersalin. Jadual harian masih belum boleh tune rapi lagi.
Close up sedikit pizza dan satay. Perghhhhhhh..tetiba mummy lapar balik la pulak. Macam nak kena repeat lagi je Sunday Brunch Buffet ni. Hehehe
Stall makanan untuk The Straits Hotel & Suites Sunday Brunch Buffet di Level 23, Pizzaria Restaurant & Bar, Eat and Swim.. Masa mummy ambil gambar ini, stall baru buka tengah hari. Awal-awal kami dah berkampung di Level 23 ni, ha. Tak sabar nak mandi ke nak makan, ni? hehehe
Petang sedikit, Dhia pekena Pisang Goreng panas-panas. Memang terangkat !
Puas makan dan puas mandi. Barulah kami gerak balik ke Kuala Lumpur. Mudah perjalanannya, tak perlu berhenti rehat dan tercari-cari tempat makan selepas check out.
Hanya bayar dan naik ke The Straits Hotel & Suites Sunday Brunch Buffet di Level 23, Pizzaria Restaurant & Bar, Eat and Swim.
Info lanjut, boleh layari terus ke : https://www.straitshotelsuites.com/melaka/day-special-melaka-hotel-f-b-promotion-pizzaria-restaurant-bar/sunday-brunch-buffet-website-promotion-tab/
makan tepi pool ni syok laa.. lapar jer terus makan..puas hati dapat makan sampai petang. janji anak tak meragam, layan jer la kan..
ReplyDeleteMacam menarik juga hotel nie, boleh la singgah sini kalau ke Melaka
ReplyDeleteCantik hotel Dan makanan pun nampak sedap. Kalau Ada pool dh cukup dah buat budak suka
ReplyDeleteSemua makanan dekat situ buat saya terliur ..sedapnya satay.dah lama tak makan satay
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com