Minggu lepas sekali lagi, mummy di berikan kepercayaan untuk menjadi juri McDonald's Storytelling Contest 2017 Live Audition. Untuk kisah McDonald's Storytelling Contest 2016 tahun lepas, boleh baca di SINI . Seronok jadi juri ni sebenarnya, automatik mummy pun datang semangat berani yang berkobar-kobar.
Mummy, bukan jenis yang berani sangat berdiri depan orang ramai. Kecik-kecik dulu pun, tak pernah masuk pertandingan bercerita. Sebab tu, mummy salute dengan anak-anak kecil ni semua. Semangat mereka tinggi dan berani bercerita di hadapan khalayak ramai.
McDonald's Storytelling Contest 2017
Inilah barisan juri untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam.
Sempat kami bergambar bersama. Dari kiri Queen (emcee of the day), Cikgu Athirah (juri), Datuk Aznil Hj Nawawi (juri) dan mummy (juri jugak :) ).
McDonald's Storytelling Contest 2017 - Hadiah Bernilai RM100,000 Untuk Dimenangi
Kalau ada dapat tahu sesuatu pertandingan, mummy suka tengok hadiahnya tau. Korang nak tahu apa hadiah untuk McDonald's Storytelling Contest 2017? Hadiah yang ditawarkan tahun ini memang sangat sangat sangat lumayan untuk McDonald's Storytelling Contest 2017.
Tetiba..rasa macam nak register je tahun depan eh..hehehe.
Tetiba..rasa macam nak register je tahun depan eh..hehehe.
Tahun lepas, McDonald's Storytelling Contest menawarkan hadiah bernilai sehingga RM70,000. Tapi, untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 kali ini di naikkan sehingga RM100,000.
Hadiah yang di tawarkan untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 ialah :-
Hadiah yang di tawarkan untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 ialah :-
1 x Grand Prize:
a. Return trip ke Tokyo Disneyland & DisneySea untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan.
1 x Hadiah Tempat Pertama :
a. Return trip ke Hong Kong Disneyland & Ocean Park untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan.
1 x Hadiah Tempat Kedua :
a. Return trip ke Shanghai Disney Resort untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan.
1 x Hadiah Tempat Ketiga:
a. Return trip ke Thailand Cartoon Network Amazone Waterpark for untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan penginapan.
11 x Hadiah Saguhati:
a.Hadiah bernilai RM2000 setiap seorang
Menarik,kan hadiah yang di tawarkan?
Peserta Cilik Yang Menghiburkan McDonald's Storytelling Contest 2017
Ini adalah 5 peserta dari 21 peserta McDonald's Storytelling Contest 2017 Live Audition.
Ada yang bercerita dalam Bahasa Melayu dan juga bercerita dalam Bahasa Inggeris.
Yang paling mummy tertarik, apabila emcee temuduga peserta. Semua peserta macam malu-malu je.
Tapi, bila dah mula bercerita....tergamam mummy dengan kepetahan dan watak yang mereka bawa. Macam magic ! :)
Tahniah pada semua peserta McDonald's Storytelling Contest 2017 Live Audition. Anda semua adalah pemenang juga !
Pada yang terpilih ke peringkat akhir, mummy ucapkan TAHNIAH dan semoga berjaya ! Buat yang terbaik, ye.
Terima kasih McDonald's kerana berikan mummy peluang untuk menjadi juri di Semi Final McDonald's Storytelling Contest 2017.
Korang yang nak join McDonald's Storytelling Contest akan datang, jangan lupa terjah sealu website mereka di : SINI
wahhh, hebat mummy jadi juri..")
ReplyDeletebestnyaaa dapat peluang jadi juri, dengan pak nil sekali tu hehe
ReplyDeleteFuh! Saya dulu memang tak berani nak join. Berdiri atas stage pon nervous dah.hehe. memang hebat la dorang ini..Siap pakai costume lagi.
ReplyDeleteWah ada pak nil situ. Tak Pernah tau pun sebelum ni ada contest mcm ni.
ReplyDeletewah bestnya kak jadi juri... hehe apapun bagus ada contest macam ni dapat menyerlahkan bakat kanak2 ini
ReplyDeletefuh linda dah tahap retis dah ni.. hadiah2 memang hebat la, tahniah siap yg dpt grand prize tu
ReplyDeleteWow story telling kanak-kanak makin meriah dan juri juga tak kurang hebatnya hehehehe tahniah tau...
ReplyDeleteWow...Pak Nil!!!tahniah Linda berjaya jadi juri..amik gambar ngan pak nil tak?
ReplyDeleteuntungnya mummy jadi juri...dapat duduk sebelah pak nil lagi...good job mummy
ReplyDeleteJuri hebat-hebat. anak-anak nak join pun hebat dan berbakat
ReplyDeleteNice experience to be a judge. Good luck to all the kids.
ReplyDeleteSaya terlibat dengan public seperti storytelling sejak tahun 6 lagi sampai la tingkatan 6..
ReplyDeleteLast last dah besar atau tua bangka begini cuma jadi blogger
kecik kecik dah berani hehe bagus bagus. sebab sha dulu pun takberani jugak nak naik kepentas
ReplyDeleteTahniah jadi juri pertandingan. Kita yang dah dewasa ni pun kadang-kadang masih malu nak buat public speaking. Tahniah juga buat semua peserta cilik semua!
ReplyDeletehaha i went for the Penang one! talented kids!
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
warggh...Sal baru berangan nak suh anak masuk...tengok peserta tu diaaaaa...
ReplyDeleteawww i love story telling contest!!! suka tengok budak budak bersungguh bercerita. comel sangat!
ReplyDeleteDari kecik dah kena pupuk semangat membaca dan bercerita supaya kanak-kanak lebih berkeyakinan.
ReplyDeletewah ad paknil tu, siap jadi juri lagi. hehehe kecik2 berbakat besar diorang ni. hehe hadiah pon best tu. hehe
ReplyDeleteWow pasti storytelling peserta yg menang tu menarik kan? Dah tu dpt hadiah lumayan lagi... Tahniah pd penenang dan juri
ReplyDeleteWah sungguh berbakat masing-masing, syabas.
ReplyDeleteTahniah pemenang dan semua yang terlibat.
Tahniah kak jd juri...duk sebaris dgn Pak Nil...bestnya
ReplyDeleteHebat tu jadi juri sebaris dengan paknil. Tahniah mummy linda. Hadiah pon lumayan sangat.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com