Shopee Meraikan Ulangtahun dengan 80 Juta Muat Turun

Shopee Meraikan Ulangtahun dengan Kira-kira 80 Juta Muat Turun di Rantau Ini. Dengan sokongan lebih daripada 200,000 usahawan dan jenama, Shopee menjadi platform pilihan untuk meneroka perniagaan secara dalam talian. Macam best je, kan offer dari Shoppe ni? Korang jangan tak tahu...anak-anak mummy pun dah terjebak dengan Shopee. Sebab kat tab dorang ada aplikasi Shopee. 

Kiranya...budak-budak ni boleh cuci mata dulu. Kalau daddy bagi green light untuk pilih barangan apa yang dorang nak. Memang laju dorang pilih dan tunjukkan pilihan dorang.



Sekali sekala...kita bagi budak-budak tu pilihan mainan apa yang doramg nak dalam Shopee. Lagipun, sekarangkan Shopee ada jualan murah !



Dari budak-budak tu tengok tab memanjang. Baik kita bagi dorang mainan pretend play. Bagus untuk sel-sel mereka berhubung.

Shopee Meraikan Ulangtahun dengan 80 Juta Muat Turun



Shopee Meraikan Ulangtahun dengan 80 Juta Muat Turun

Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan meraikan ulangtahun dengan rekod perkembangan cemerlang tahun ini. Dalam tempoh dua tahun sahaja, Shopee telah menyaksikan pertumbuhan penting dalam semua tujuh pasaran dengan kira-kira 80 juta muat turun di rantau ini dan lebih daripada 180 juta senarai produk aktif oleh lebih daripada 4 juta usahawan. Sehingga hari ini, terdapat kira-kira 5,000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee. Sejak mula dilancarkan pada 2015, jumlah tenaga kerja Shopee telah berkembang sehingga lebih 2,500 orang.

Shopee Meraikan Ulangtahun dengan 80 Juta Muat Turun

“Shopee telah melalui transformasi yang mendadak sejak pelancarannya, dan walaupun kami berbangga dengan pencapaian kami, ini hanyalah satu permulaan. Shopee komited terhadap keperluan dan pilihan pengguna kami dan telah berjaya mencipta satu platform yang menepati kehendak tersebut. Shopee akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan di rantau ini menerusi teknologi di samping menyediakan pengalaman membeli-belah yang cepat dan mudah kepada pengguna dan platform yang boleh dipercayai dan selamat kepada jenama dan usahawan baharu,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

2017 merupakan tahun yang mengujakan buat Shopee Malaysia dengan peningkatan bilangan pengguna yang membeli-belah secara dalam talian. Pencapaian yang boleh dibanggakan termasuk:

● Anggaran Nilai Dagangan Kasar Tahunan dicatat pada lebih USD 5 bilion

● Lebih 5 juta muat turun

● Lebih 200,000 usahawan dan jenama, termasuk Shojikiya, Pets Wonderland,

OnePlus, Pureen, Lovely Lace, dan Mentholatum. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi digital yang dijangka akan menyumbang 20% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

● Pelancaran Shopee Mall, satu portal membeli-belah premium yang menawarkan lebih 100,000 produk secara eksklusif oleh pelbagai jenama terkemuka dan pengedar sah. Inisiatif ini telah berjaya menarik banyak jenama terkemuka yang memilih Shopee sebagai platform untuk meningkatkan perniagaan dalam talian mereka.

● Kejayaan berterusan Shopee University, satu siri bengkel kemahiran yang membantu usahawan dan perniagaan tempatan untuk berjaya dalam bidang eDagang yang telah membimbing lebih daripada 4,000 peserta dari 10 negeri.

“Sejajar dengan usaha kami untuk memuaskan kehendak pengguna alaf baharu yang mencari kemudahan dan nilai tambah dalam pembelian mereka, kami telah meningkatkan inovasi dalam perniagaan kami dan meneroka segmen eDagang. Sehingga kini, Shopee merupakan platform eDagang pertama yang dilantik menjadi rakan kami atas kekuatan mereka yang mempunyai daya tarikan yang kuat dalam pasaran tempatan, ditambah dengan perkhidmatan tambah nilai dan kempen inovatif,” kata Aadrin Azly, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad. “Usahasama kami dengan Shopee telah memboleh kami meluaskan kehadiran kami dalam talian dan mendekati jumlah pelanggan yang lebih besar. Tahniah atas Ulangtahun ke-2 mereka dan kami berharap untuk meneruskan usahama ini”.

“Bagi kami di MYDIN, sebuah syarikat tempatan terbesar dalam pemborongan dan peruncitan sejak 1957 , keputusan memilih rakan eDagang yang boleh dipercayai adalah amat penting.

MYDIN melihat eDagang sebagai saluran perniagaan yang penting untuk menyokong perniagaan tradisional yang memerlukan kedai sendiri. Dengan Shopee, kami boleh menawarkan Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia. Kami beruntung dapat bekerjasama dengan Shopee dalam memberikan penjimatan hebat dari produk berasaskan makanan dan bukan makanan kepada semua pelanggan kami di seluruh negara dalam memenuhi keperluan seisi keluarga,” kata Malik Murad Ali, IT Director, MYDIN Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, Shopee akan melancarkan jualan murah sempena ulangtahunnya dari 1 hingga 14 Disember, menawarkan promosi hebat atas 6 juta produk. Pembeli pasti ternanti-nanti dengan jualan kilat Shocking Sale, Kemuncak Berganda Shopee Mall, Tawaran Mega 12.12 dan banyak lagi. Hadiah menarik juga boleh dimenangi termasuk baucar Beat the Clock yang bernilai lebih RM500,000; percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan iPhone X bernilai RM5,500. Jenama rasmi seperti Mydin, MR.DIY, PETRONAS, Digi, Maxis and B Infinite turut menyertai sambutan ini dengan promosi eksklusif tersendiri untuk pengguna Shopee.


“Apabila kami mengambil keputusan untuk meningkatkan kehadiran dalam talian kami menjangkau Kedai Dalam Talian Digi, Shopee merupakan platform eDagang pertama di minda dan kami telah bekerjasama secara konsisten dalam semua kempen. Kami melihat, semakin ramai pengguna Digi menikmati pembelian secara dalam talian yang memudahkan mereka ketika membeli tambah nilai prabayar dari Kedai Rasmi Digi dan kami bercadang untuk menyediakan lebih banyak tawaran hebat pada masa akan datang dalam usaha menjadi rakan kehidupan digital pilihan pengguna,” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.

“Kami memilih Shopee sebagai rakan eDagang pilihan berdasarkan perkembangan pesat mereka dalam masa yang singkat dengan jutaan pengguna di seluruh Malaysia. Dengan 330 kedai MR. DIY di seluruh negara disokong oleh Shopee, kami mampu memenuhi keperluan seisi rumah pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Andy Chin, Ketua Jabatan Pemasaran, MR. DIY.


“Tahun 2017 merupakan tahun yang cemerlang untuk Shopee dan kami berterima kasih kepada sema pengguna, usahawan dan rakan niaga atas sokongan berterusan mereka. Pada masa akan datang, kami akan terus memfokuskan untuk meningkatkan inovasi atas platform kami dan mempelbagaikan pilihan produk yang ada. Kami akan terus komited untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berkembang dan merentas sempadan eDagang untuk menjadi destinasi membeli-belah dalam talian pilihan di rantau ini,” kata Ho, mengakhiri kenyataan beliau.


Raikan Ulangtahun Shopee yang ke-2 bersama kami. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/birthday . Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Tawaran ke atas 6 juta produk tu. Kena terjah shopee ni esok.

    ReplyDelete
  2. wahhh...banyaknyaaa...kena terjah ni..

    ReplyDelete
  3. yayy sha dah berbelanja sakan kat shopee bulan ni haha

    ReplyDelete
  4. tak dan nak shopping ngan shopee...nanti la akak skodeng

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post