HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 2, Holiday di Bali Part 1 atau Day 1 mummy dah cerita di SINI . Entri kali ini mummy nak cerita tentang holiday Bali Part 2 atau Day 2 pulak.
HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 2
Breakfast : madu organik, jem organik, buah-buahan yang di tanam di Green Camp, air kosong campur hirisan serai, halia, limau, gula dari kelapa, roselle
Seawal 6.30 pagi kitorang dah di kejutkan dengan 1 bunyian di Green Camp Bali. Bunyi itu datangnya dari alat muzik seakan-akan gong (lupa apa nama alat muzik tu) dengar bunyi tu menandakan kena bersiap dah ! Kena bangun dari tidur yang lena haha. Manakala, breakfast di Green Camp Bali akan di hidangkan pada jam 7.30 pagi. 2nd day ni, masih bertenaga lagi. Aktiviti Day-1 di Green Camp Bali tak hard core lagi. Tunggulah Day-2 ni ha..capek dong ! Capek ! Hahaha. Jom tengok aktiviti HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 2
BREAKFAST | HOLIDAY BALI INDONESIA, FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 2
Breakfast kat Green Camp Bali, semua makanannya healthy belaka ! Roti buatan sendiri (home made) dan buah-buahan semuanya dari tanaman di situ .
Masakkan mereka juga, tidak mengganggu perut. Selalunya, kalau kita baru nak serasi dengan makanan lain dari tempat kita. Perut akan jadi macam tak selesa sangat. Tapi, di Green Camp tak ! Perut selesa sangat, mudah membuang dan badan rasa fresh sepanjang masa.
Rasa macam nak mintak resipi bawa balik Malaysia je. Hahaha. Tapi, jenuh pula nak cari semua bahan organik.
Selesai breakfast di Green Camp Bali, kami di beri taklimat untuk aktiviti hari kedua oleh fasilitator yang bernama WIFI (nama sebenarnya WAHYU).
Antara aktiviti kami pada hari kedua di Green Camp ialah :-
Oh ya ! di Green Camp Bali ini, totally green environment. Di mana tak di benarkan bff dengan telefon. Mummy ni, semua gambar amek gunakan hand phone. Macam segan jugak jadiknya.
Sebab tu, ada juga ter miss ambil gambar aktiviti. Nak buat cemana :( :(. Kalau korang nak juga tengok full experience kami macamana di Green Camp Bali . Nampak gayanya, korang kena datang Green Camp Bali lah, kan !
AKTIVITI FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 2 | HOLIDAY BALI INDONESIA
Dhia dan rakit buloh yang daddy buatkan :)
Cara mendayung rakit buloh
10 pagi :
AKTIVITI Bamboo Raft Building, pertama sekali kami di kehendaki memakai kasut yang sesuai, baju mandi (swimming suit), krim anti serangga / anti nyamuk dan botol air bersama air masak. Air masak / air kosong memang benda wajib bawa sepanjang aktiviti. Memang fasilitator akan paksa kit aminum air masak sebanyak yang mungkin !
Aktiviti Bamboo Raft Building merupakan aktiviti pertama kami di Green Camp Bali pada hari kedua. Dimana semua family kena belajar buat rakit dari buluh . Selesai buat rakit dari buluh. Kami bawanya ke sungai di Green Camp Bali
Daddy, Dhia dan Daim je pergi ke sungai ini. Manakala mummy dan Daim berehat dalam bilik. Baby tak di benarkan naik rakit. Sungainya pun boleh tahan dalam juga tu. Nasib ada daddy yang sasa, mummy ni sejenis penakut jugak sebenarnya haha.
Alhamdulillah, berjaya keluarga kami mendarat. Daddy kata dia penat. Sebab mendayung sorang-sorang je. Dhia dan Dzal mana kuat nak dayung. Huhu bertabahlah daddy ye !
12.30 tengah hari :
Lunch
Ni antara salah satu lauk lunch kami. Sedap. Dari kelapa, ada telur dan ada sayur. Nama makanan ini mummy lupa pulak nak tanya kat chef of the day. Sorry guys ! hehe
2.00 petang :
Coconut Climbing & Creation,
Aktiviti memanjat pokok kelapa, dengan safety dan juga ada orang jaga. Bila fasilitator tanya siapa nak manjat dulu, berebut-rebut anak-anak mat salleh ni nak manjat. Keluarga kitorang? Senyap aje ! Hahaha
Daddy tak nak manjat sebab dia kepenatan. Mummy? Oh idaklah ! Mummy memang takut tinggi.
Aktiviti memanjat pokok kelapa, dengan safety dan juga ada orang jaga. Bila fasilitator tanya siapa nak manjat dulu, berebut-rebut anak-anak mat salleh ni nak manjat. Keluarga kitorang? Senyap aje ! Hahaha
Daddy tak nak manjat sebab dia kepenatan. Mummy? Oh idaklah ! Mummy memang takut tinggi.
Kemudian, kami di ajarkan tentang kelebihan dan kegunaan pokok kelapa. Orang Asia macam keluarga kami banyak tahu. Bagus semua proses pembelajaran untuk anak-anak kami !
Dari kelapa boleh di jadikan minyak, gula, santan, kerisik dan juga kelapa siap mesin. Tapi, kat sini tak mesin...semua manual je !
Siapa tahu, ni apa? Ha...pandai pun ! DAUN KELAPA. Nak buat apa dengan daun kelapa? KETUPAT? Salah !
Daun kelapa ni kami nak buat pancing ikan.
Daddy dan Dhia ju anyam daun kelapa buat pancing ikan. Dzal dah terbongkang kat kerusi belakang. Mummy pulak busy jaga Daim :)
From left : Gabriela from Australia, Kali from Portugal / UK & Dhia
Tadaaaa...ni la pancing ikan anak-anak. Seronok bebudakni main ! Sambil main, sambil mewarna. Hehee apa-apa jelah ye anak-anak !
Gula organik ni lah yang kami gunaan sepanjang berada di Green Camp ini. Sedap tak berapa manis. Malah bagus untuk kesihatan ! Lupa pulak nak beli 1 jar !
1 jar Gula Kelapa ini brharga Rp25,000 = RM7.80
3.30 PETANG - aktiviti buat coklat dari KOKO
Organic Chocolate Making, yang ni best...cara buat coklat organik step by step !
Buah koko yang di petik dari pokok depan bilik kami. Fresh !
Selepas dapatkan biji dari buah koko. Kami kena gorengkan biji koko hingga nampak garing.
Kopek kulit biji buah koko setelah selesai goreng tanpa minyak tadi. Sesi kali ini, daddy dan Dhia buat kerja. Dzal dah terbongkang kat belakang hahaha. Mummy? Mummy busy jaga Daim + jadi juru gambar.
Multi tasking tak, mummy? Hehe
Masa untuk menghancurkan biji koko tadi, tumbuk, jangan tak tumbuk ye !
Ayak last stage, daptkan ayakkan paling halus.
Selesai ni semua, panaskan serbuk koko hingga cair dan menjadi coklat !
Siap coklat kami, kurang manis coklat kami. Tapi, lawankan dengan aiskrim. So, rasanya terus menjadi nyummmmehhh !
Lawa tak bekas aiskrim kami dan sudu? Dari daun pisang dan pokok kelapa ! Kretif,kan !
Lawa tak bekas aiskrim kami dan sudu? Dari daun pisang dan pokok kelapa ! Kretif,kan !
Selesai buat coklat, masa berehat untuk anak-anak bermain. Kemudian kami berehat untuk mandi dan siapkan diri.
6.30 petang :
Dinner
Dinner kami yang unik, makan pizza organik ! Tapi, kena buat sendiri lah pizza makan malam ni. Anak-anak memang teruja !
Tabur ja apa yang dorang nak, tabur cheese lebih ke ayam lebih ke
Ingredient !
Cara bakar pizza oranik ini pun sangat tradisional !
Mummy punya pizza, semua kasik lebih ! Hahaha
7.30 malam :
Mepantingan, apa dia ni? Ha..macam games juga. Mummy tak dapat join sebab daddy pergi toilet, Dzal pulak tidur atas kerusi.
Dhia dan kawan-kawan je join.
Cara bermain, satu kumpulan di berikan 1 kertas untuk menulis apa sahaja. Contohnya : Spiderman, Cook, Princes atau apa sahaja.
Selesai kertas itu di ambil, mummy dan fasilitator juga akan menulis di satu kertas berlainan. Kiranya ada 2 kertas dummy bukan dari kumpulan dalam tu.
Kertas itu di lipat dan di gulung.
Kumpulan pertama, ambil kertas pertama dan kena teka kumpulan mana yang menulis perkataan tersebut !
Ulang sehingga betul tekaannya. Jika betul, kumpulan yang meneka betul boleh dapat kumpulan tersebut.
Kiranya, kumpulan mereka akan menjadi besar dan besar. Hinggakan menjadi 1 kumpulan sahaja akhirnya.
Kesimpulan dari game ini? Korang fikir lah sendiri ye. Hehehe
Dhia dan kawan-kawan je join.
Cara bermain, satu kumpulan di berikan 1 kertas untuk menulis apa sahaja. Contohnya : Spiderman, Cook, Princes atau apa sahaja.
Selesai kertas itu di ambil, mummy dan fasilitator juga akan menulis di satu kertas berlainan. Kiranya ada 2 kertas dummy bukan dari kumpulan dalam tu.
Kertas itu di lipat dan di gulung.
Kumpulan pertama, ambil kertas pertama dan kena teka kumpulan mana yang menulis perkataan tersebut !
Ulang sehingga betul tekaannya. Jika betul, kumpulan yang meneka betul boleh dapat kumpulan tersebut.
Kiranya, kumpulan mereka akan menjadi besar dan besar. Hinggakan menjadi 1 kumpulan sahaja akhirnya.
Kesimpulan dari game ini? Korang fikir lah sendiri ye. Hehehe
8.00 malam :
Kecas Kecas
Pada malamnya, kami saksikan persembahan muzik tradisi di Bali. Seronok tengok orang main muzik live ! Mummy pun rasa macam nak joget sama haha
Eh..tipu je tu ! Main gendang pun nak joget..giler ke hape tu ! Hahaha
Kami juga bermain Kendang dan Jimbe sekali. Ikut note rentak yang mereka ajarkan (basic). Fuh ! Memang layan !
Seronok, rasa macam nak bawa balik kendang dan jimbe. Nak buat main kat rumah..hehehe. Pastu jiran serang sebab buat bising haha
Turn anak-anak buat persembahana, pada awalnya Dhia takut dengan topeng tu. Akhirnya, berani juga setelah kawan-kawannya pujuk.
Terbaiklah Gabriela dan Kali ! You are awesome !
Tamat sudah aktiviti kami ! HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 2
Kami tak balik bilik ! kAmi pi jenjalan sat ke Krisna bali, boleh baca di : http://www.azlindaalin.com/2017/12/3-lokasi-tempat-beli-souvenir-murah-di-bali-indonesia.html
Sepanjang di Green Camp, kitorang memang kena wajib pakai losyen anti nyamuk dan serangga repellent.
Spray anti nyamuk dan serangga brand LERY (hari kedua habis dah hehe), Carrier mozzibuster, and PIGEON wet tissue anti mosquito .
Tak lupa juga, set kulit kami di sini. Duduk hutang pun kena jaga kuit gak ! hahaha.
Baca juga HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1 : http://www.azlindaalin.com/2017/12/holiday-bali-indonesia-family-camp-di-green-camp-day1.html
Green Camp : http://www.greencampbali.com/
Back to nature activity which is awesome..mengimbau zaman xde peralatan moden...best giler la camp ni
ReplyDeleteseronoknyaaa.........rindu bali....:)
ReplyDeleteBestnya... Banyak aktiviti yang disediakan. Makanan pon healthy sebab dari organik kan.
ReplyDeleteTeruja sy tgk kak bab buat coklat tuh..bkn senang rupanya kan..sy tahu makan je buah koko..abis makan buang je biji koko tu..hahaha...kalo tau cara buat coklat,dah lama buat dr biji koko tu
ReplyDeletebestnya..:)
ReplyDeleteBestnya. Padat dgn aktiviti yg best2 lah. Makanan pun nampak sgt healthy
ReplyDeletePenuh aktiviti ya Linda..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewah.. bestnya tengok dan baca entri sis ni. terasa macam nak merasa pi bali pulak..banyak aktiviti menarik di Green Camp Bali ni yea.. bestt
ReplyDeleteseronok aktiviti2 dia mummy..suka akak semua makanan dia berasaskan organik..murah je harga gula tu..aish...kalau akak, dh grab sebotol dua..murah...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com