LENOVO 15" IDEAPAD 320 JADI PILIHAN HATI - Bila laptop / notebook kami laki bini dah nazak. Mulalah hidup macam tak senang je tanpa laptop / notebook. Daddy ada laptop ACER (beli dari zaman bujang). Mummy pulak ada notebook HP (beli masa zaman bujang gak). Lebih 5 tahun kot laptop dan notebook kami tu. Kiranya, memang dah masanya untuk bertukar ke laptop baru.
LENOVO 15" IDEAPAD 320 JADI PILIHAN HATI
Puas juga mencari harga mampu milik dan pastinya nak laptop yang berkualiti juga. Kami survey jenama HP, Acer, Lenovo, DELL dan juga ASUS. Dan akhirnya, LENOVO 15" IDEAPAD 320 JADI PILIHAN HATI
Kenapa LENOVO 15" IDEAPAD 320 JADI PILIHAN HATI?
Yang pertamanya tentulah harga LENOVO 15" IDEAPAD 320 ni murah (dari segi spec).
LENOVO 15" IDEAPAD 320 ni boleh dapatkan High Speed WiFi. Pi memana senang dia tarik WiFi tu. Wifi memang penting sangat bagi mummy huhu. Tak ada Wifi, cemana nak buat kerja,kan?
Resolusi LENOVO 15" IDEAPAD 320 tinggi sehingga 920 x 1080, korang kaki games. Better kot yang ni. Sebab jelas sangat warna dan sharp !
Audio LENOVO 15" IDEAPAD 320 pun superb, best bunyinya ! Menggunakan Dolby Audio.
SPEC YANG TERDAPAT DALAM LENOVO 15" IDEAPAD 320
Apa spesifikasi yang ada dalam LENOVO 15" IDEAPAD 320 ? Anatar spek yang ada dalam LENOVO 15" IDEAPAD 320 adalah seperti:-- Up to AMD Radeon™ 530 discrete graphics
- Fixed Focus CMOS camera with single mic
- Windows 10 Home
- Up to 2 TB SATA HDD
- Up to 180 GB PCIe SSD + 1 TB SATA HDD
- 2 USB 3.0
- 1 USB-Type C
- HDMI
- 4-in-1 card reader (SD, SDHC, SDXC, MMC)
Processor LENOVO 15" IDEAPAD 320 pulak, 7th Gen AMD A9-9420 APU. Kami pilih processor AMD je, kalau processor INTEL harganya jauh sangat beza ! Lebih mahal INTEL.
Processor AMD ni lagi laju run sebenarnya. Ada orang kata cepat panas. Tapi, tu teknologi lama. 7th Gen ni, dengarnya dah stabil.
Kualiti grafik dan gambar pulak, processor AMD lagi bagus dari INTEL
AMD ni menariknya sebab murah dari INTEL. AMD processor tak famous lagi. INTEL jenama processor yang popular. Di mana ada demand, di situ ada HARGA. Kan?
INILAH LENOVO 15" IDEAPAD 320 KESAYANGAN KAMI !
Kami beli kat Low Yat, trusted shop of LENOVO. Percuma beg dan juga optical mouse. Harga LENOVO 15" IDEAPAD 320 kami memang mampu milik. Tak sampai RM2,000 pun !
Miza punya laptop pun dan bagi signal nak mintak tukar. Boleh riki-riki lenovo ne pulak kew kalau cukup bajet
ReplyDeleteMacam menarik gak nie Linda, Kak Sue dok plan nak beli laptop tak beli-beli lagi nie..
ReplyDeleteWah cantik... Sy. Lappy compaq suami bli knd tukar bateri n charger bru.. Lappy lenovk sy bli bru setahum guna anak tumlahkan sirap.. Nih tgh plan bli bau
ReplyDeleteAkak nyer laptop rosak,lom repair..tahun depan la repair..akak nak masuk rumah baru,,anak nak sekolah..broadband pun rosak...haihhh...macam- macam hal
ReplyDeleteWahhhh menarik ni linda. Nora pun suka lenovo laptop puas hati pakai. Harga pulak kira mampu mulik lagi dgn spec yg kita nak. Lepas ni laju lah linda update entri.
ReplyDeleteLaptop penting sangat,kan untuk blogger cam kita ni..haritu pun laptop akak rosak..nasib boleh repair..legaaa..kalau nak beli baru, kena menabung dulu le.
ReplyDeleteWow berbaloi betul dgn harganya tu
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com