REVIEW PENCAPAIAN BLOG AZLINDA ALIN 2017 - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera korang ! Semua dah letakkan azam tahun baru 2018, ye !. Mummy je kot, tak tepek lagi azam tahun baru 2018. Erm..apa ye azam mummy ? Hahaha dah 1 Januari 2018 oiii. Baru nak fikir azam ke? Tak pe lah, mari kita review PENCAPAIAN BLOG AZLINDA ALIN di TAHUN 2017.
REVIEW PENCAPAIAN BLOG AZLINDA ALIN 2017
Semalam terbaca di status Tuan Amir Denai Hati. Bertanyakan berapa entri blog dan apa entri paling viral pada tahun 2017. Apa PENCAPAIAN BLOG AZLINDA ALIN pada 2017? Mummy menulis sebanyak 350 entri sahaja pada 2017 . Entri viral www.azlindaalin.com, adalah entri MUAZ TEXTILE untuk tahun 2017. Sebenarnya tak viral mana. Readers masih suam-suam kuku lagi.
Cumanya, mummy bersyukur dapat bantu orang mencari tempat shopping murah dan berbaloi di kawasan Bangi. Asalnya, mummy nak ke Muaz Textile Bangi. Tapi, sesat tak jumpa lokasi yang tepat. Dari situ, timbullah idea menulis blog tentang MUAZ TEXTIEL BANGI. MUAZ TEXTILE ni, bukan entri review / paid review atau sponsor tau ! Hehe, teringat beberapa hari lepas jumpa member sekolah rendah. Dia dok tanya, mummy tulis blog tu semua..sebab dapat paid review ke? Macam Hanis Zulaikha ke?
Hamboi...nak samakan Azlinda dan Hanis? Jauh panggang dari api oiii !
Berbalik PENCAPAIAN BLOG AZLINDA ALIN pada 2017 tahun sebelum-sebelum ini mummy menulis agak banyak terutama di tahun 2016 dan 2015 iaitu sebanyak 668 entri dan 552 entri
Manakala, tahun 2014 sebanyak 238 entri, tahun 2013 sebanyak 87 entri.
AZAM BLOGGING DI TAHUN 2018
Oleh kerana mummy seorang blogger. Walaupun part time, mummy ada azam tersendiri ke arah blogging. Di tahun 2018, mummy nak konsisten menulis entri yang lebih berkualiti.
Hahaha, dah macam buat appraisal pada diRi sendiri nampaknya. Rindu nak buat appraisal lah ni. Lama kot ! pengalaman buat appraisal staff. Dah setahun ni, bertukar bidang kerja. Tak ada buat appraisal staff dah..tapi kita appraisal diri sendiri dan review PENCAPAIAN BLOG sendiri je lah nampaknya !
Azam lain, masih bersusun lagi. Kita review azam tu pada diri sendiri je lah kot. Daily review punboleh juga. hahaha.
DI sini, mummy ingin ambil kesempatan pada semua untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018. Pada yang masih bercuti lagi. Selamat Bercuti ! Mumy kerja hari ini. Esok baru cuti anak nak sekolah 1st day :)
Teruskan buat entry best2 sis, kita rajin singgah blog sis bca entry hehe
ReplyDeletehappy new year 2018..smoga pencapaian blog utk 2018 lg mantap
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak linda. Semoga tercapai apa yang dihajati. Dan teruskan berblog dan memberi inspirasi pada rakan2 blogger yang lain.
ReplyDeleteSuka baca entry Linda. Semua best2. Keep it up girl
ReplyDeleteeh akak nak jugak la buat yg macam ni.. baru buat yg statistik je ni.. selamat tahun baru linda!
ReplyDeleteSelamat tahun baru Linda.. semoga tahun nie blog Linda lebih mantap. Linda salah seorang blogger yang Kak Sue selalu buat rujukan bila nak menulis di blog Kak Sue tau.. keep it up!
ReplyDeleteselamat tahun baru , 2018 . moga pencapaian blog akan trus meningkat dan trus maju
ReplyDeleteChaiyok kak linda..hopefullt tahun nih kita lebih semangat dlm blog
ReplyDeleteTahniah k.linda. semoga terus maju jaya.
ReplyDeleteHappy New Year, Mummy..azam tahun baru..Nak lebih semangat dlm blogging & kembangkan networking.. ;)
ReplyDeletehappy new year kak
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com