GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA | Mummy terbangun dari lena bila terbaca nukilan yang di sebarkan melalui Whatsapp baru-baru ini ! Dalam kehidupan ini, mencari wang sangat penting. Dalam masa yang sama, moment bersama keluarga juga penting. Mummy dan daddy memang nakkan terbaik untuk kedua benda ini. GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA ini bukan boleh di ulang tayang..repeat forward !
Ya ! Kalau boleh...mummy nak sangat duduk rumah habiskan GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA. Tapi, apakan daya...duit juga perlu di cari demi kehidupan yang selesa. Walau apa pun, kami suami isteri selalu ingatkan sesama sendiri untuk tidak mengabaikan GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA.
GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA
Dan, terciptanya blog www.azlindaalin.com sebenarnya adalah untuk merakamkan detik GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA. Supaya kelak, mummy tak lupa saat-saat indah bersama yang tersayang.
Oh ya ! Jom kita baca cerita GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK-ANAK, IBUBAPA DAN KELUARGA dari whatsapp yang mummy terima baru-baru ini !
TUJUAN AKHIR
Seorang pengurus yang memiliki gaji 30,000/bulan sedang berdiri di tepi pantai dan memandang ke arah laut, ketika seorang nelayan merapatkan perahunya.
Pengurus itu bertanya : Berapa lama waktu yang dihabiskan untuk menangkap ikan sebanyak ini?
“Tidak lama, 5 jam sahaja " jawab nelayan.
“Mengapa tidak pergi lebih lama lagi dan menangkap lebih banyak lagi ?”
“Ini sudah cukup buat keluargaku.”
“Apa yang di lakukan diluar waktu menangkap ikan?”
“Bermain dengan anak-anakku, tidur siang, makan tengahari bersama keluargaku, menghantar dan jemput anak ke sekolah, berbakti kepada kedua ibu bapaku, keluar dengan kawan2, beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta .......hidup yang begitu kunikmati.”
“Saya ada idea untuk membantumu,” ujar si pengurus. Saya lulusan dari Amerika. Saya cadangkan, habiskan waktu tuan lebih banyak utk menangkap ikan, beli perahu yang lebih besar, dapat lebih banyak duit, beli lagi beberapa perahu. Jangan jual ikan kepada orang tengah, jual terus ke pembeli hingga tuan memiliki kedai sendiri. Kendalikan produk, agihan dan penghantaran. Setelah itu... anda pindah ke kota besar, kemudian ke luar negeri untuk mengembangkan usaha ini.”
“Menarik,Tapi berapa lama waktu yg di perlukan supaya dapat mencapai semua itu?” tanya nelayan yang mulai tertarik.
“Lima belas tahun paling cepat. Dua puluh tahun paling lambat,” jawab si pengurus.
“Setelah itu tuan ?”
“Inilah bahagian yang paling menarik, anda boleh menjual saham perniagaan di bursa dan menghasilkan duit yang banyak.”
“Wah, menarik ya. Lepas tu tuan?”
“Lalu, anda boleh istirahat dan pulang ke rumah. Pindah ke desa kecil di tepi laut, memancing, bermain dengan anak-anak, tidur siang, makan bersama keluarga, menghantar anak ke sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta lepak dengan teman2 rapat dan beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta.
Oooooooh..kalau TUJUAN AKHIRnya cuma itu, sekarang SAYA SUDAH MENDAPATKAN apa yang SAYA INGINkan, kalau menunggu 20 tahun lagi. Anak-anak saya sudah besar, jadi.. tak mungkin lagi saya dapat bermain dan menghantar mereka ke sekolah.
Jika ibu bapaku dipanjangkan umur pun rasanya mereka sudah tidak mampu untuk bergerak jauh dan lama, sahut si nelayan sambil meninggalkan manager yang kebingungan.
Moral of Story : Jangan lewatkan GOLDEN MOMENT bersama ANAK-ANAK, IBUBAPA & KELUARGAmu. Kerana HAL INDAH ini TIDAK AKAN TERULANG DUA KALI dalam kehidupanmu. Syukurilah semua hal baik yang kau miliki bersama keluarga mu saat ini.
#copypaste
Setuju...golden moment yang perlu sentiasa ada dalam kehidupan kita berkeluarga..bukan hanya kerja dan kerja je kan...
ReplyDeleteGood sharing Linda, setuju sangat walaupun kadang Kak Sue pun terlepas masa-masa penting tu Linda.. huhuhu..
ReplyDeletesedih baca :(
ReplyDeleteCici pun nak sangat duduk rumah jaga anak tengok dorang membesar depan mata tapi tu lah. komitmen kiri kanan pulak. selalu bagitahu dorang "mommy kerja sebab sayaang anak anak Mommy"
balik kerja tu dah penat ngantuk pun Cici cuba layan dorang. weekend pun sama, kalau event yang boleh bawak plus one tu memang hangkut sorang . hahaha
Setuju sangat Duit bukan segalanya tapi zaman sekarang semua nak pakai duit. Best juga ada blog boleh abadikan banyak moment
ReplyDeleteSejak Atin duduk Hostel memang terasa... GOLDEN MOMENT BERSAMA ANAK... dulu masa sekolah dekat, asyik sibuk dengan rutin harian... moga kita mendapat keluarga yang bahagia dan ceria
ReplyDeleteBetul sgt. Luangkanlah masa dgn anak2 sementara dia perlykan Kita masa kecil ni. Anak2 lebih berharga Dari kerjaya
ReplyDeleteSaya pun suka luangkan masa dengan keluarga.golden moments yang sukar dicipta zaman sekarang nih sebab majoriti ibu bapa bekerja tapi kena bijak mencati dan mencipta golden moments bersama keluarga kan kak
ReplyDeletesetuju, hari-hari yang berlalu pergi terasa sekejap sangat dan kalau tak manfaat kan betul-betul memang rugi, tak perlu tunggu, lakukan saja apa yang perlu dengan segera.
ReplyDeleteuntung nelayan tu.. akak pun kalau dpt undur masa teringin sgt nak keja biasa2 yg tak punya tanggungjawab byk..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com