10 YANG AKU TAKUT

10 YANG AKU TAKUT - Setiap orang ada ketakutan yang tersendiri. Takut pada Allah, takut pada binatang berbisa, takut pada alam mistik, takut berada di tempat tinggi dan bermacam-macam ketakutan yang ada dalam diri seorang manusia.

10 YANG AKU TAKUT

10 YANG AKU TAKUT


10 YANG AKU TAKUT mummy terima dari sahabat mummy. Dalam satu group wasap ni. Sebenarnya, kita perlu takut pada ketakutan yang ada dalam diri kita secara sedar atau tidak sedar. Takut ni, ada banyak dalam diri sendiri. Tetiba, masa terbaca wasap ni.. mummy tersentuh dan minta di jauhkan sifat negatif serta mazmumah. Nahi..nahi..nahi. bak kata Hindustani hehe. Apakah 10 YANG AKU TAKUT?

1 0   Y A N G  A K U   T A K U T

1. Yang aku takut:
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. Yang aku takut:
Aku merasa aku paling  benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. Yang aku takut:
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. Yang aku takut:
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. Yang aku takut:
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.

6. Yang aku takut:
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. Yang aku takut:
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. Yang aku takut:
Aku hanya pintar dalam berdakwah, namun sulit untuk mentaatinya. 

9. Yang aku takut:
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. Yang aku takut:
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

Allahu...takutnya..takut pulak, hidup kita ni melebih-lebih. Betul, lah agama menyuruh kita bersederhana dalam setiap perkara. Supaya kita tak melebih-lebihkan di mana ianya tidak sepatut di lebihkan.

Wallahualam..

8 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Betul...setuju...semua tu ketakutan akak jugak..kadang kita ni manusia mudah alpa kan...dosa org kita nampak dosa sendiri kita buat x tau

    ReplyDelete
  2. linda :)
    agak lama x jejak sini. dulu kala selalu dpt hadiah dari alin sebab rajin komen.
    selepas silap tuko html blog, bloglist hilang...
    bermula la era kelam kabut blogwalking sana-sini.

    aida paling takut no 8 dan 10.
    Allahu Akbar. moga kita ni humble la dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. Ini yg paking saya takut kak

    ReplyDelete
  4. Good sharing Linda, untuk ingatan kita semua kan. Memang Kak Sue pun sendiri takut dengan kelemahan dan leka kat diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. betul la linda... ingatan yg sangat bagus.. kena bersederhana dalam segala hal..terima kasih ya..

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar... mmg betul apa yg linda tulis tu..moga kita saling igt mengingati

    ReplyDelete
  7. Good sharing k.linda. peringatan bersama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post