Siti Nurhaliza, Nora Danish, Izara Aishah, Elfira Loy, Skuad Selebriti Shopee Yang Baharu

Siti Nurhaliza, Nora Danish, Izara Aishah, Elfira Loy, Skuad Selebriti Shopee Yang Baharu - Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee Yang Baharu. Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan taiwan melancarkan inisiatif terbaharunya, Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad) yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka. Hari ini, dengan kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini, Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play.

“Pengguna kami yang menentukan teras strategi kami dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baharu untuk berhubung dengan mereka secara mendalam. Kami tahu, rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebrity Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka dengan semudah satu klik sahaja!

Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di acara pelancaran tersebut.

Menurut Ho lagi, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan enam selebriti terkemuka di Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee ini. Sebagai platform e-dagang tanpa komisyen yang menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara, terma dagangan kami yang mudah diperkukuhkan dengan ciri-ciri istimewa, sokongan penuh dan capaian ke seluruh negara yang terdapat pada platform Shopee, membolehkan selebriti mengembangkan perniagaan dalam talian mereka. Pada masa akan datang, kami mensasarkan untuk mengembangkan Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan barisan selebriti baharu setiap bulan”.


Memperkenalkan barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee:

● Penyanyi Nombor 1 Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin yangmenawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti

● Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden

● Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee

● Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing EL dan Heliza Guzel Hive - menjual pakaian tradisional Muslim

● Artis serba boleh, Emma Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, mala juga memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit, EMBS

Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan.

Kempen mingguan ini akan menampilkan pelancaran eksklusif produk termasuklah koleksi alat solek bertemakan emas keluaran YBhg. Dato’ Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI New Gold Edition menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee. Peminat selebriti ini pasti ternanti-nanti akan siri acara komuniti dan pemberian hadiah yang dianjurkan oleh Shopee seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial yang menawarkan hadiah menarik.

Pelancaran Skuad Selebriti Shopee ini merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan Shopee bagi tahun 2018 dengan pertumbuhan Shopee dari pelbagai aspek yang mengukuhkan lagi kedudukannya dalam segmen e-dagang. Ini merupakan rentetan daripada permulaan tahun yang kukuh. Shopee berjaya merekodkan nilai dagangan kasar (GMV) di seluruh rantau berjumlah AS$ 1.9 bilion pada suku pertama - tahun ke tahun - peningkatan 199.5% daripada AS$648.3 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2017. Pada masa yang sama, tempahan kasar Shopee dalam tempoh tersebut meningkat sebanyak 217.4% tahun ke tahun dari 35.1 juta dalam suku pertama 2017 pada 111.4 juta.

Kempen Cahaya Raya Shopee juga masih berlangsung. Dari 3 Mei ke 17 Jun, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan. Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu 5.00 pagi dan 7.00 malam.

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee. Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) membolehkan pengguna memilih sendiri padanan kegemaran mereka daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Akhir sekali, dapatkan Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk.


Untuk maklumat lanjut tentang Skuad Selebriti Shopee, layari https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cahaya Raya, layari https://shopee.com.my/m/shopee-https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya-raya

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. wahh Shopee dh ada squad selebriti tuu...terbaik lahh

    ReplyDelete
  2. Sume selebriti fames... sure laku sape jual kt shoppee nnti

    ReplyDelete
  3. Shopee dah ada Skuad Selebriti pulak ye Linda.. menarik nie..

    ReplyDelete
  4. wah..dh ada skuad selebriti pulak...makin ramai la memilih shopee untuk shopping secara online...

    ReplyDelete
  5. Wah dah ada skuad selebriti pula ye. Tok Ti ada yihaa

    ReplyDelete
  6. yeayyy boleh shopping produk EL lepas ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post