Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan - Hai korang.. ada impian nak memiliki bisnes sendiri, tak? Mummy terbaca tentang The Usahawan baru-baru ini. Secara automatik, teringin pulak nak jadi seorang Usahawan dan ada bisnes sendiri. Kalau di izinkanlah. Hehe Meh la kita berangan sekejap tentang apa Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan.

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan



Kalau kata bab marketing dan sales ini, mummy memang mempunyai pengalaman dalam bidang financial institution serta retails. Bidang ini, sebenarnya lebih kurang je macam bisnes. Dah nama sales dan marketing kan. Setiap task atau assignment  ada target tersendiri. Okay, berbalik pada Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan. Mummy teringin nak mempunyai bisnes yang mummy minat dan dalam masa yang sama mummy ada pengehtahuan dalam bidang tersebut. 

5 Karakter Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan


Modal Kecil

Kalau tanya modal, mestilah mummy nak bermodalkan bisnes dengan jumlah yang kecil. Supaya ada lebihan duit untuk kecemasan dan lain-lain hal.

Margin Besar

Manakala margin bisnes pula mempunyai margin yang besar untuk menanggung aset syarikat, liabiliti syarikat, serta duit keluar masuk syarikat.

Kalau margin kecil, bagaimana nak survive dan menanggung semua ini, kan?

Produk Tak Mati Musim

Produk tak mati musim juga penting. Kerana produk tak mati musim ini akan mempunyai sales consistency. Contoh produk bermusim ialah seperi kek durian, kuih raya.

Kalau durian tak ada musim agak susah nanti nak push sales kan. Demand ada, supply kurang. 

Bila supply kurang. Ianya boleh menjejaskan kepercayaan customer. Customer pun dah hilang kepercayaan pada kita. 

Permintaan Yang Tinggi

Permintaan yang tinggi iaitu produk yang sentiasa ada demand contoh macam ayam. Setiap hari orang mencari ayam.

Tapi, bisnes ayam mummy kurang minat pulak. Sebab banyak faktor yang perlu di titik beratkan.

Tak Melalui Banyak Prosedur dari Badan Tertentu

Kalau boleh tak nak yang kena lalui banyak prosedur dari badan tertentu. Prosedur ini selalunya makan masa dan menjadikan duit profit yang ada lambat beranak.

Jimat masa pun satu hal. Nak jimatkan masa serta  tenaga kerja yang ada. Almaklumlah ini merupakan Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan. Bisnes baru, jimat masa tu amatlah penting.


Jadi, inilah 5 jenis bisnes yang ingin saya mulakan. Agak-agak bisnes apa, ye? Ha..cer teka..cer teka !


Kalau nak tahu apakah Nature of Business ini, korang kena tunggu.  Tak bestlah kalau cerita kesemuanya sekali dalam ni, kan?


Korang pulak ada simpan impian macam mummy tak? Bisnes apa yang korang nak mulakan tu?



10 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Wau Linda, bisnes apa tu... Kak Sue pun teringin nak ada bisnes sendiri. Rasanya nak lebih kepada bisnes makanan kut..

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik bisnes yang diidamkan tu

    ReplyDelete
  3. Wahhh bisnes apakah itu. Tak sabar nak tau ni heheh

    ReplyDelete
  4. betul tu, bisnes kalau bermusim ni sakit sikit. Nak pulak kalau musim yang ditunggu tu tiba-tiba tak menjadi lagi parah

    ReplyDelete
  5. apakah tu, alin?
    aida ada jugak nak buat entri pasal ni.
    lama dah dlm draft. ntah la. takde idea :) hi hi

    ReplyDelete
  6. rabia jadi dropship shaklee.tp tak ada customer lagi.sedih.

    ReplyDelete
  7. Wah.. menarik perkongsian mummy nie.. betul cakap mummy linda.. bisnes yang bermusim nie kena elakkan..

    ReplyDelete
  8. Sekarang pun memang tengah buat bisnes. Cuma ada keinginan nak buat bisnes makanan macam biskut.

    ReplyDelete
  9. Nak sangat bukak business sendiri jual baju plus size hee. tapi takda rezek lagi.

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan segala urusan & berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post