Hadiah Birthday Anak Buah Yang Tertunda

Hadiah Hari Jadi Anak Buah Yang Tertunda. Gini lah, kami..yang mempunyai anak buah yang ramai. Kadang-kadang dorang ajak makan untuk celebrate birthday anak dorang. Tapi, waktu tu singkat..tak sempat mummy nak shopping hadiah untuk depa. Kalau boleh nak belikan barang yang dorang suka. Jadiknya, tertunda lah hadiah birthday memasing.

Hadiah Hari Jadi Anak Buah Yang Tertunda. 



Banyak badge juga shipment, ni baru suku je yang sampai. Scooter untuk anak buah side mummy dan daddy. 

Budak mana yang tak suka dengan scooter, kan?

LEGO HADIAH BIRTHDAY UNTUK ANAK BUAH BAWAH 3 TAHUN

Lego untukuage bawah 3 tahun. Amek dari IG ipar mummy. Anak buah side asben.

Side mummy haritu 3 orang je birthday anak buah. Yang paling besar dapat scooter, no 2 pulak hadiah bawa g KidZania dan no 3 tu dapat lego.

Lego gambar kat atas. 2 orang anak buah side daddy dapat lego juga.

HADIAH SCOOTER UNTUK BIRTHDAY ANAK BUAH



Seronok anak kami, ada geng main scooter dengan cousins sebelah daddy.

Dhia dan Dzal lama dah ada scooter. Depa main dalam rumah je sebelum ni. Mummy malas keluar pun, ye jugak tu. haha


Sekarang, kita main kat Taman Cabaran. Sukan lasak Putrajaya.

Sejak, adik beradik asben buka kedai makan di sini, memang keraplah kami bawa anak-anak ke sini. Sambil mummy daddy makan. Anak-anak boleh main sekali kat sini.


Sebelum ni, memang tak berapa tahu tempat ni. Sekarang dah tahu dah. Lepas ni, plan nak kayuh basikal pulak kat sini. Get ready daddy hahaha.


Scooter merah tu je bukan pemberian mummy. Harap-harap anak buah semua suka dengan hadiah dari kami. Main elok-elok ye !

HADIAH ROLLER SKATE UNTUK BIRTHDAY ANAK BUAH


Roller skate memang tak beli banyak, untuk anak buah tertentu je hehe. Kopak kang nak beli kan semua roller skate ni.

Untuk Farhan yang sebaya Dhia, sebab pak abang (ayah Farhan belikan hadiah birthday Dhia mahal-mahal).



Untuk anak-anak, beli sepasang je. Share berdua je lah. Kalau dah pandai, nanti mummy belikan untuk Dhia hat lain.


Siap posing dan dan mummy snap kan gambar. Kemahen Dzal Aidi ni ha. Berani posing macam ni. Jatuh, kan !

Ni merupakan hadiah untuk anak-anak juga, sebab selalu bantu mummy jadi model review.

Hopefully, anak-anak sentiasa akan rasa happy.

6 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Gambar last sekali tu buat auntie gelak besar la Dzal, Dzal kena praktis selalu baru pandai tau...bulan 9 birthday kakak Dania..matilanak x tau nak belikan dia apa

    ReplyDelete
  2. seronok budak2 tu mummy..meriah..tmbh ada geng..lagi la sakan main...okey tu dari bgi gajet kan..lagi bagus dorang explore main cam ni...

    ReplyDelete
  3. seronok budak2 tu mummy..meriah..tmbh ada geng..lagi la sakan main...okey tu dari bgi gajet kan..lagi bagus dorang explore main cam ni...

    ReplyDelete
  4. murah rezeki mommy. Nanti boleh roger-roger cik qilah ajak main scooter sama-sama. Mommy dekat shah alam pun ada taman aktiviti lasak belakang stadium

    ReplyDelete
  5. Sha pun nak carikan Scooter dengan roller blade tu untuk anak dara.. Tapi tulah, mak sejenis malas nak bawa main bawah kuarters.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. Semoga bertambah rezeki Linda, bagus sangat hadiahkan untuk anak-anak buah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post