BISKUT OAT ONDE ONDE WITH CELEBRITY CHEF ANIS NABILAH - Assalamualaikum, selamat pagi ! Kalau korang dah baca entri blog mummy semalam . Mummy ada hi-tea dengan Chef Anis Nabila Celebrity Chef. Seperti yang mummy janjikan, entri kali ini, mummy nak share resepi dari Chef Anis Nabilah - BISKUT OAT ONDE ONDE WITH CELEBRITY CHEF ANIS NABILAH
BISKUT OAT ONDE ONDE WITH CELEBRITY CHEF ANIS NABILAH
Serius resepi kali ini, sangat mudah dan senang buatnya. Cukup bahan...siap ! Hehehe. jom kita tengok details resepi BISKUT OAT ONDE ONDE WITH CELEBRITY CHEF ANIS NABILAH
RESEPI BISKUT OAT ONDE ONDE WITH CELEBRITY CHEF ANIS NABILAH
Bahan-bahan yang diperlukan:
• 130g Quaker Instant Oatmeal
• 130g tepung
• 20g kelapa parut kering
• 20g serbuk santan
• ½ sudu teh soda penaik
• ¼ sudu teh garam
• 125g marjerin
• 30g gula perang
- 50g gula kabung (gula melaka), diparut
• 60ml minyak canola
• 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
• Gula melaka cair (untuk hiasan)
• Kelapa parut kering (untuk hiasan)
Cara membuatnya:
1. Panaskan seketika ketuhar pada suhu 180°C. Kemudian lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
2. Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
4. Uli doh menjadi bebola kecil. Korang boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih.
Mummy dah rasa, sedap rasanya..sama macam onde-one tapi ranggup dan healthy lah kan seab pakai oat hehehe.
Selamat mencuba !
Boleh buat biskut untuk raya haji ni linda kan...nampak sedap tu ha..
ReplyDeleteNak trylah ada stock oat dekat rumah
ReplyDeleteBoleh cuba nanti nie, ada stok oat kat rumah juga nie. Nampak menarik..
ReplyDeleteuntung nyer lah dok di kl.
ReplyDeletebyk event boleh Alin folo. bab masak memasak ni yes, aida jeles tau. i like.
aida yg jauh ni, lihat dan gigit jari aje la :) hi hi hi
Nampak sedap biskut tu..
ReplyDeleteBoleh cuba ni kak. Stok oat ade je kat umah ni.
ReplyDeletecantiknya chef anis nabilah tu.
ReplyDeleteMenarik ja onde2 tu mommy. Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteBiskut onde-onde ni kegemaran saya. Boleh buat dengan oat juga ye
ReplyDeletequacker mmg sedap. favourite <3
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com