Satu Keluarga Tak Sihat !

Satu Keluarga Tak Sihat ! - Dari last week, sorang demi sorang ahli keluarga kami tak sihat. Jumaat lepas daddy demam tahap teruk sampai tak boleh bangun. Jumaat malam tu juga, mummy sakit senak perut. Gigih sapu minyak angin bagai. Tak jalan juga, sudahnya ke klinik malam tu jugak lah !

Ahad pagi, Dzal cirit birit 3x. Lepas bagi makan nasi pepanas, telur goreng panas. Cirit berkurangan, tapi malam tu ada 1x cirit birit.

Malam Ahad yang tak berapa malam. Dalam 3 pagi (Isnin sebenarnya tu, kan) Daim pulak, kena muntah-muntah, cirit birit sebanyak 3x. Mummy ke opis juga pagi tu, tak sedaplah Isnin dah nak cuti. Kang opis cakap apa pulak, kan. Bila call tok mak dalam 10 pagi, tok mak bagitahu Daim merengek dan 2x kali cirit serta muntah. Terus mummy minta izin bos untuk balik.


Satu Keluarga Tak Sihat !

Seterusnya, kisah hari Rabu subuh, sedang susukan (susu badan) Daim. Tetiba mummy meloya terus muntah. Sian Daim, mummy terpaksa tolak kamu. Kalau tak, dengan Daim termakan muntah mummy kang masa tu. 

Malam sebelum tidur, mummy dah kena cirit birit sebanyak 2x dah sebenarnya. Allahu, mummy pulak kena muntah-muntah dan cirit. 

Fuh, panjang ceritanya kan.

Mummy MC Rabu dah Khamis. Rabu tu, kerja juga...datang opis pagi macam biasa...lepas tu balik.

Entahlah, mummy ni sejenis risau nak MC lelama. Tak tahan kena membawang kekdahnya. Tapi, dalam hati....eh lantak lah korang !


Satu Keluarga Tak Sihat !

Di pendekkan cerita.. Nah amek kau, segala mak nenek ubat ada hehehe. Nasib semua bil boleh claim atas daddy. Mummy ni, dah lah baru tukar tempat kerja. Mana nak ada medical benefit. Kena tunggu confirm baru dapat benefit ni. Tak pelah kan, rezeki tu insyaAllah ada di mana-mana.

Oh ya, Khamis tu mummy kena amek darah. Settle amek darah, syukur alhamdulillah negatif denggi dan negatif untuk lain-lain juga.

Berapa banyak kali mummy MC ntah. Maaflah bos...musim sakit, bos !

Sekian sahaja kronologi keluarga kami minggu ni. hehe

13 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Semoga cepat sembuh Linda dan family..sekarang lepas raya kan..macam- macam penyakit datang

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh mommy sekeluarga , insyAllah

    ReplyDelete
  3. Kesiannya.
    Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sihat Kak Linda dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. semoga segera pulih dan bersabar dengan ujian sakit...

    ada orang kata sakit itu Kifarah dosa

    ReplyDelete
  6. kesiannya kalau kena cirit-birit ni, dehydrated dan senang demam. Semoga cepat sembuh satu faily kak lin

    ReplyDelete
  7. Ya allah...semoga cepat sembuh ye kak linda dan sekeluarga.banyakkan minum air kosong dan cukup rehat ye.

    ReplyDelete
  8. Nieyl pun last week x sihat...Alhamdulillah dah kembali sihat..meneruskan kerja-kerja harian...

    ReplyDelete
  9. Allahu.. Semoga sis dan keluarga diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. Allahu.. sian Linda sekeluarga.. Kalau anak-anak tak sihat memang risau, tambah kita pun tak sihat sekali lagi lah risau kan..

    ReplyDelete
  11. Semoga diberikan kesihatan yg baik oleh Allah buat akak sekeluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post