3 Jenis Menu Pedas dan Bersambal Pilihan Kami

3 Jenis Menu Pedas dan Bersambal Pilihan Kami - Bila semak balik menu masak kami cuti baru ini, rerupanya mummy banyak masak menu pedan dan bersambal rupanya. Tapi, sebenarnya menu bersambal ini sangat tak menjemukan ! Siapa setuju ?

3 Jenis Menu Pedas dan Bersambal Pilihan Kami


3 Jenis Menu Pedas dan Bersambal Pilihan Kami
Sambal Udang

3 Jenis Menu Pedas dan Bersambal Pilihan Kami yang pertama ialah sambal udang. Oleh kerana cili boh dah siap, memang cepat je lah nak masak Sambal Udang ni.

Resepi Sambal Udang

Cili boh di kisar dengan sedikit air putih:
1 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk tumis
1/2 inci halia
10 tangkai cili kering (di potong dan di rebus)


300gm udang sederhana besar
1 labu bawang besar hiris memanjang belah 4
Sedikit air asam jawa
1 sudu gula
Sedikit garam

Sedikit belacan

Cara kami masak :

1. Panaskan minyak masak
2. Tumis bahan kisar.
3. Tunggu sambal agak garing, masukkan air asam jawa, udang, petai dan bawang yang sudah di hiris.
4. Agak kering sedikit, masukkan gula, belacan dan garam.

Lawankan dengan sayur campur !


Sambal Ikan Bilis Petai


3 Jenis Menu Pedas dan Bersambal Pilihan Kami

Menu kedua pula ialah Sambal Bilis Petai.

Cara mummy masak lebih kurang sama macam resepi di atas. Cuma tambah  petai, kurangkan garam, sedikit kicap dan banyakkan minyak masak.


ASAM PEDAS DAGING

3 Jenis Menu Pedas dan Bersambal Pilihan Kami


Bahan-bahan masak asam pedas daging


(Blender / tumbuk dan tumis)
1 biji Bawang merah besar
3 biji bawang merah kecil
4 ulas Bawang putih
2 batang Serai
1 inci Lengkuas
Setengah inci halia

Segenggam Cili Kering - kisar dan tumis

1/2 kg Daging 
1 sudu Asam jawa
2 cubit Garam
1 ikat Daun Kesum
3 helai daun limau purut
2 keping asam keping

2 cawan air masak
Sedikit gula
Sedikit garam


Cara masak Asam Pedas Daging


1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak panas.

2. Masukkan cili yang sudah di kisar. Biarkan sebati dan agak garing

3. Terus jiruskan air asam jawa hingga kering sedikit.

4. Letakkan air masak hingga didih.

5. Boleh terus masukkan daging tetel, daun kesom dan lain-lain. Tambahkan air jika perlu

6. Agak-agak empuk dalam 20 - 30minit, boleh tambahkan garam dan sedikit gula.

Alhamdulillah daging yang mummy beli tu cepat empuk. 

Mudah je kan...jom masak asam pedas daging.

11 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. sambal petai bilis my fav food. sambal udang pun my fav food.tp jarang dah makan udang disebabkan rabia ada resdung

    ReplyDelete
  2. Terliur sangat tengok sambal udang. Meleleh air liur ni hee.

    ReplyDelete
  3. asam pedas daging, saya belum penah makan. teringin lah nak cuba. terima kasih share resepi :D

    ReplyDelete
  4. Apesal la baca time petang2 ni..td tengahari makan laksa je..alaaa..terus teringin..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Linda.. terus lapar rasanya. Nanti Kak Sue nak cuba masak Asam Pedas Daging tu.. macam best ja tu..

    ReplyDelete
  6. semuanya sedap2 linda.. fav kitaorg juga ni

    ReplyDelete
  7. Tiga-tiga menu tu kesukaan Sha..

    ReplyDelete
  8. Asam pedas daging belum pernah merasa lagi

    ReplyDelete
  9. Betul, menu yang berasaskan sambal2 ni memang jadi pilihan..pembuka selera kalau ada..tak sedar bertambah nasi..haha

    ReplyDelete
  10. semua aida on.
    kecuali sambal udang.
    sebab elergy semakin kronik :(
    tapi, suka giler makan udang.
    kekadang curik curik makan ha ha ha ha ha ...

    ReplyDelete
  11. sedap sedap semuanya! fav sambal udang la

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post