SAFI FAIR BEAUTY “Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!” . Terasa teruja pulak nak mencuba SAFI FAIR BEAUTY , walau kulit mummy dah cerah tapi hakikatnya tak berapa sekata ! Sedih tau ! Jeles tengok kulit uolss yang cantik dan tona sekata.
Jangan tak tahu ye, SAFI FAIR BEAUTY ni bagus tau sebab ada UV Protection. UV sangat bahaya untuk kulit kita sebab ianya penyebab kanser juga ! Apa lagi yang best tentang SAFI FAIRT BEAUTY ni? Jom tengok 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty.
8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty
Sebelum mummy cerita tentang 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty. SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk 8 Manfaat Kecantikan :
· Mencerahkan kulit
· Menyamaratakan tona kulit
· Kulit berseri merah jambu
· Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
· Memberi perlindungan UV
· Melembutkan dan menghaluskan kulit
· Melicinkan kulit
· Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit
Insyaallah lepas ni, mummy akan lebih yakin dengan kulit dan diri sendiri. Hehe. Korang kalau nak lebih yakin. Jejoms kita SAHUT CABARAN 31 SAFI FAIR BEAUTY ni.
Kebanyakan orang perempuan ini, mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.
Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia.
SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.
SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.
Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!
Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.
Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!
“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!
Dia si ayu penuh keyakinan
Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.
Dia si cantik penuh kemanisan
Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.
Dia si comel penuh keceriaan
Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).
SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY, Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!
HARGA SAFI FAIR BEAUTY
HARGA SAFI FAIR BEAUTY
1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)
2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)
3. SAFI Fair Beauty BB Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 (0% GST)
4. SAFI Fair Beauty Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90 (0% GST)
Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman
Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI@safimalaysia,
Youtube SAFI www.youtube.com/safimalaysia
Zaman pakai Safi -- masa Syaza sekolah menengah dulu. Hihi. now safi datang lagi~
ReplyDeleteNora ada cream fair beauty wane pink tu. Mmg soft je. Kdg guna bila muka terlalu kering. Safi produk paling lama di pasaran.
ReplyDeleteWah ada produk baru dari Safi lagi ya Linda. Harga pun mampu milik..
ReplyDeletecantiknya packaginG! nak g cari yang bb cream tu
ReplyDeleteBest sangat safi fair beauty ni kak. Baru je guna beberapa hari dah mula nampak dah perbezaan ☺☺
ReplyDeletewah..safi ada BB cream eh...kita nak try la
ReplyDeleteMurah je harga dia. Sebab tu ramai suka guna safi.
ReplyDeletesemakin comel la kak lin nanti dengan set rangkain ni
ReplyDeleteProduk Safi memang bagus dna dipercayai dari dulu. Nanti nak try lah bb cream safi ni
ReplyDeleteproduk Safi memang pilihan wanita serta remaja masa kini..best..akak dh start guna
ReplyDeletewahh cantik kak
ReplyDeleteBagus produk Safi ini.. berevolusi..
ReplyDeleteWow produk safi dah cantik lah sekarang dia punya design dan packaging
ReplyDeleteIka pakai safi hijau je hee :) Tapi lawa dah eh produk safi punya packaging. comel. pastel clour.
ReplyDeleteWah menarik lah kak. Mcm2 ek produk baru safi skrg ni.
ReplyDeleteeh, tadi produk lain ekk?
ReplyDeleteyg ni lagi satu baru ye produk safi.
wah...
aida baru je beli produk safi body shampoo tu.
menarik. wangi.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com