Genting Strawberry Leisure Farm Holiday Jalan-jalan Sekeluarga

Genting Strawberry Leisure Farm Genting Highlands Holiday Jalan-jalan Sekeluarga  - Yeay...cuti sekolah datang lagi. Ada yang nak jalan-jalan holiday ke Strawberry Park ke tu? Last week, Cameron Highlands jammed sangat,kan? Sesak orang atas tu. Korang cari Strawberry ke? Kalau nak cari Strawberry je....mummy cadangkan ke Genting Highlands aje ! Serius tak sesak macam Cameron Highlands tu ha.

Genting Strawberry Leisure Farm Holiday Jalan-jalan Sekeluarga 



Genting Strawberry Leisure Farm di Genting Highlands ini sebenarnya entri lama. Kami ke Genting Strawberry Leisure Farm Holiday Jalan-jalan Sekeluarga masa lepas mummy berpantangkan baby Daim Naufal. Sekali semak draft blog. Ya Allah, pending lagi rupanya entri ni hahaha. Dah alang-alang mood holiday tiba, mehlah kita update dan feeling macam sedang berada di Genting Strawberry Leisure Farm Jalan-jalan Sekeluarga. Menulis ni satu terapi jugak, walau tak kemana. Tapi, update dan menulis pun dah rasa macam sedang ber holiday jugak. Hehehehe.



Pertama sekali, mummy suka dengan Genting Strawberry Leisure Farm sebab harga entrance fees Genting Strawberry Leisure Farm ni murah juga . Harga tiket masuk ke Strawberry Farm Genting Highlands ialah RM10 dewasa dan RM7 kanak-kanak. Nak beli ke tidak Strawberry di dalam Genting Strawberry Leisure Farm pun terpulang. Kalau nak beli harganya dalam RM8 - 100g.

Genting Strawberry Leisure Farm ni terletak di jalan masuk Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Kami tahu tempat ini pun, sebab kami menginap di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Agak berbaloi juga ke sini kerana kawasan ladang Genting Strawberry Leisure Farm disini bukan sahaja ada ladang Strawberry je. Malah terdapat taman bunga, cendawan, kedai cenderamata dan kafe.



Lepas check out dari Hotel Seri Malaysia. Kami terus ke ladang Stawberry ni.

Anak-anak boleh experience potong dan petik buah strawberi sendiri. Antara pengalaman yang paling depa suka sangat ni.



Dzal pun dapat petik buah strawberi sendiri juga.


Manis ! Sedap!


Baby Daim baru 4 bulan, si tembam ni. Lepas menyusu tidur aje lah. Dah la cuaca Genting Highlands sejuk sket. Sedap tido nya.

Rindu sangat pipi pau dak Daim masa ni.


Pemandangan cantik dalam kebun Stawberry ni.

Selfie seketui sat haha



Cuti berpantang tak keluar rumah, sekali lepas pantang dapat holidays cenggini. Memang fefeling romantika sangatlah haha.


Family potrait, amek jurufoto professional kat sana. So kami banyak habiskan masa dengan photoshoot. 

Puas hati sekali dapat gambar cantik macam ni. Cuma baby Daim masa ni dah nak susu pulak.

Hehe...tak pelah kasi gambar menangis pun lawa juga.





Dzal dan Dhia posing pulak !

Di sebabkan harga tak mahal mana. Kitorang borong 2 bekas strawberi fresh. 


Kebun bunga dan lelain kami tak amek gambar. Sebab dah penat hehe. Terus duduk sebentar di kafe Strawberi ni ha.

Lepak makan aiskrim strawberi.


Makan gegula strawberi dan lelain. Dalam banyak-banyak ladang strawberi kami pergi. Rasanya ladang strawberi kat Genting Highlands ni paling selesa dan santai.

Details tempat ni, seperti di bawah :

Genting Strawberry Leisure Farm
Add: No.6, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +603-61001121

Landmark : Seri Malaysia, Genting Highland.

Waktu operasi: Setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang.


20 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Nieyl pernah skali singgah sini...
    ala...rasa rindu pulak dgn CH ni

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar2 tu kak. Dekat dah ni. Boleh lah terjah nanti.

    ReplyDelete
  3. Time cuti sekolah atau cuti panjang jangan la pi CH...memang habis masa atas jalan jer la..nak plan gak tapi pi hari biasa..kena la anak2 cuti sendiri nanti

    ReplyDelete
  4. Bestnya kan dapat pengalaman petik dan makan kat kebun strawberry macam nie. Ada rezeki boleh pergi nanti..

    ReplyDelete
  5. Liez tak pernah teringin nak petik buah strawberry hihihi
    asyik bergambar je..tetiba rindu nak g CAM.. padahal setahun 2,3 kali pergi..

    ReplyDelete
  6. Lama tak naik Genting..boleh la lajak ke strawberry farm ni kot tersesat ke sana..hehe

    ReplyDelete
  7. Lama tak naik Genting..boleh la lajak ke strawberry farm ni kot tersesat ke sana..hehe

    ReplyDelete
  8. Blan 11 ni nak ke sama nanti boleh terjah kebun stoberi, cantik-cantik gambar dekat kebun stoberi tu

    ReplyDelete
  9. not bad jugalah nanti bolehlah pergi

    ReplyDelete
  10. sedapnya petik strawbery terus makan...pipi baby bukan main tembam

    tq sharing, tenang baca

    TAHUKAH anda! Keputihan kronik antara punca BARTHOLIN CYST

    ReplyDelete
  11. Syoknya..baru tahu genting ada strawberry farm gak..boleh pegi ni

    ReplyDelete
  12. Cantik2 gambar ni semua. Nampak bebudak pun muka happy je petik strawbery. Seronok dapat luangkan masa dengan family macam ni.

    ReplyDelete
  13. Aida lom ke genting.
    Last dulu tahun 2000 kalau x silap.
    Nak tunggu theme park tu siap, alin. Aduh, lama beno siapnya...
    Nice jugak sebab da stroberi nih. Aura cameron highlnds masih membara nih hi hi hi...

    ReplyDelete
  14. Best tempat nie.. Sha pernah pergi tapi tak petik strawberry.. saja jalan..

    ReplyDelete
  15. Sukanya anak-anak dengan strawberi ye

    ReplyDelete
  16. Ahhh lama tak makan strawberry fresh. Terliur pulak tgk gambar hehe. Bestnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post