KidZania Kuala Lumpur Membuat Kajian 8 Daripada 10 Kanak-kanak Menabung Untuk Masa Depan atau Membeli Barangan Kesukaan

KANAK-KANAK MALAYSIA MEMBINCANGKAN TOPIK KEWANGAN, KERJAYA DAN KELUARGA DALAM TINJAUAN DWI -TAHUNAN KIDZ OLEH KIDZANIAHasil Tinjauan Menunjukkan Kanak-Kanak Malaysia Prihatin Tentang Kewangan, Kerjaya dan Keluarga.



KidZania Kuala Lumpur Membuat Kajian 8 Daripada 10 Kanak-kanak Menabung Untuk Masa Depan atau Membeli Barangan Kesukaan


Hampir 8 daripada 10 kanak-kanak menabung untuk masa depan atau untuk 
membeli barangan kesukaan. Mereka menunjukkan minat untuk mempelajari pelbagai jenis kerjaya; 82% peserta ingin menceburi bidang kerjaya yang pernah dicuba dalam suai peranan.

Lebih satu per tiga lebih menghargai keluarga berbanding kebendaan. Tinjauan Dwi-tahunan KidZania yang dijalankan oleh KidZania Kuala Lumpur dan Singapura dengan kerjasama Agility Research telah menemubual lebih 500 kanak-kanak pada 2017. Peserta terdiri daripada kanak-kanak berusia dari 7-15 tahun dan antara topik yang dibincangkan termasuklah kewangan, aspirasi kerjaya dan minat mereka.

“Di KidZania Kuala Lumpur, kami sentiasa berusaha untuk memahami minat kanak-kanak bagi memberikan mereka pengalaman pembelajaran terbaik. Menerusi tinjauan ini serta pelbagai alternatif lain seperti KidZania CongreZZ, mereka berpeluang menyuarakan pendapat dan memberi input masing-masing. Ini bukan saja bermanfaat untuk mereka, malah untuk kanak-kanak lain juga,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

Hasil tinjauan mendapati kanak-kanak masa kini lebih memahami kepentingan pengurusan kewangan, aspirasi kerjaya dan masa berkualiti bersama keluarga. 

Antara isi penting daripada hasil tinjauan tersebut adalah:


KidZania Kuala Lumpur Membuat Kajian 8 Daripada 10 Kanak-kanak Menabung Untuk Masa Depan atau Membeli Barangan Kesukaan


*Kanak-kanak Malaysia Pandai Berjimat Kebanyakan daripada mereka menerima wang elaun dan lebih satu per tiga peserta menyimpan wang elaun yang diterima untuk menabung dan membeli barangan kesukaan. 

*Hampir satu per tiga peserta menabung untuk membeli telefon pintar, tablet atau komputer bimbit baharu.

*Lebih satu per tiga peserta mempelajari tentang pengurusan wang menerusi pengalaman suai peranan di KidZania dan 70% daripada peserta memilih untuk mendepositkan wang mereka di bank pusat KidZania. Menerusi tabiat menyimpan ini, mereka belajar untuk lebih menghargai wang dan menguruskan kewangan dengan baik.

*Masa Berkualiti Bersama Keluarga Hasil tinjauan mendapati peserta lebih mementingkan keluarga daripada kebendaan, namun lebih 50% peserta menyatakan mereka hanya meluangkan masa kurang daripada 2 jam bersama keluarga setiap hari. 

Memahami yang setiap kanak-kanak memerlukan hubungan kekeluargaan yang kukuh untuk membesar dengan baik, KidZania Kuala Lumpur berhasrat untuk mengadakan lebih banyak aktiviti dan pengalaman suai peranan yang boleh disertai oleh ibu bapa dan kanak-kanak.

Harapan & Impian Masa Depan

Peserta memilih kerjaya pilihan mereka berdasarkan minat masing-masing dan menjadikan ibu bapa sebagai idola. Kebanyakan peserta ingin menjadikan guru atau doktor sebagai profesion disebabkan selalu terdedah dengan kerjaya tersebut, namun mereka juga teruja kerana dapat mencuba dan menerokai pelbagai jenis kerjaya di KidZania. 

Lebih 80% peserta memilih kerjaya yang pernah dicuba dalam suai peranan di KidZania Kuala Lumpur seperti ahli bomba dan juruterbang. 

Antara kemahiran yang paling banyak dipelajari peserta adalah kerjasama (46%) dan berdikari (47%). Ini bertepatan dengan falsafah KidZania iaitu ‘Learn Life Today’ serta kepentingan suai peranan dalam mebentuk sahsiah serta memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menerokai minat baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara yang diadakan di KidZania Kuala Lumpur, layari

Website : www.kidzania.com.my 
Talian Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Ahad.

8 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Bagus ya aktiviti kat Kidzania nie dapat kembangkan lagi pemikiran anak-anak..

    ReplyDelete
  2. i've never been there during my childhood. but my sister did went there once when she was in primary. so i didnt really know what it's like over there.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kalau dapat bawa anak anak ke sini.. Mesti diorang teruja dengan aktiviti dalam nie..

    ReplyDelete
  4. Kena penuhkan tabung ayam lah cepat. Boleh bawa anak ke Kidzania.

    ReplyDelete
  5. Pernah pi Kidzania masa umumur kakak dania 11 tahun..masa tu pun dia dh besar panjang dh..macam x sesuai je activity tu utk dia..

    ReplyDelete
  6. Kidzania selalu tgk dekat luar je sebab takda motif lagi nak masuk hee. anak pun takda lagi. sepupu smua dah besar. hehe

    ReplyDelete
  7. kidzania menarik.
    end of last year aida gi.
    tgk la... cuti skola nanti, gi lagi la kot.

    ReplyDelete
  8. selalu tengok fattah anas gi kidzania

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post