14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH - Salam Jumaat ! Assalamualaikum..lama sudah mummy tak tepek takzirah Jumaat dan ilmu agama. Ewahhh dah macam ustajah bunyiknya. Okaylah, sebenarnya mummy terima WhatsApp dari kawan mummy dan mummy merasakan peringatan ini sangat penting. Jom kita tengok apakah dia 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH
14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH
Entri blog semalam dah mummy ceritakan bab fidyah orang yang hidup dan orang yang mati. Entri kali ni pulak kisah persiapan kematian dan kematian pulak.
Actually tak tahu nak panggil apa peringatan ini, 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH atau 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS SAAT KEMATIAN.
Apa-apa jelah kan..asalkan korang faham dan hadam sesama bab ini semua.
Tidak lama lagi kita nak pergi dah...🍃 Pesan pada anak-anak kita dan kawan-kawan💚
👳🏻♀🧕🏻1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; seelok-elok nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.
👳🏻♀🧕🏻2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.
«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:
👳🏻♀🧕🏻3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.
👳🏻♀🧕🏻4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.
👳🏻♀🧕🏻5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
👳🏻♀🧕🏻6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.
👳🏻♀🧕🏻7. Tutup rambut dengan selendang.
👳🏻♀🧕🏻8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.
👳🏻♀🧕🏻9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.
👳🏻♀🧕🏻10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.
👳🏻♀🧕🏻11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.
👳🏻♀🧕🏻12. Dimandikan dan dikafankan.
👳🏻♀🧕🏻13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.
👳🏻♀🧕🏻14. Kebumikan jenazah.
💚Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...💚
Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.
💚Sharing is caring
Alhamdulillah perkongsian yang sangat bagus kak
ReplyDeletePagi ni ternampak noti mummy Linda masuk kt hp. Ting ting. Mata terpaku tgk tajuk. Jenazah?
ReplyDeleteAllahu, semoga kita semua bersedia dgn bekalan untuk bertemu si DIA.
Terima kasih atas perkongsian.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteperkongsian yang sangat bagus pagi ni...
Tq mummy ♥
Alhamdulillah pengurusan arwah ayah sungguh senang..
ReplyDeleteTips ni pun sangat utk masa hadapan
salam jumaat kak
ReplyDeletesalam jumaat kak
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih untuk perkongsian mummy.. bagus sangat..
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletesemua akan merasa saat2 ni. mmg kena ingat semua info ni bagus sgt
ReplyDeleteGood sharing Linda.. kita semua akan lalui kan masa tu nanti..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com