Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor | Lama tak bercuti sekeluarga ! Kali ini, kami memilih untuk bercuti di Shah Alam je. Dekat sangat? Ye.. memang dekat sangat dengan rumah kami ! Walaupun dekat, tapi sebenarnya banyak tempat menarik yang belum habis kami terjah di Shah Alam.
Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Kebetulan pula, memang kami laki bini dah berjanji dengan anak-anak nak bawa anak-anak ke tempat salji. Dekat setahun depa dok berzikir nak main salji dan nak ke tempat snow ni. Jadi, kami terus ambil peluang ini untuk Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Kenapa Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor ? Walau rumah kami tak jauh dari Shah Alam. Rumah parents mummy pun di Shah Alam. Rasanya tak salah, kalau kami Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor ni.
Bila Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor anak-anak kurang terasa penat kerana masa kami tidak di habiskan dalam perjalanan serta kami sekeluarga dapat bonding dan eratkan silaturrahim dengan lebih erat.
Mummy pun seronok, tak payah kemas, vacum, basuh kain, menyapu, basuh pinggan, masak, kemas bilik tidur. Sekali sekala, hujung minggu nak juga berehat dari buat kerja rumah.
CHECK IN di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Yeay, masa untuk check in ! Kalau korang nak tahu, Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor sentiasa penuh (full house). Kalau lambat booking macam kami ni, nampaknya dapat tidur di bilik Queen Deluxe je lah !
Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor merupakan pilihan yang tepat buat kami sekeluarga kerana harga biliknya mampu milik.
Manakala dekorasinya pula, lain dari yang lain. Tak nampak seperti hotel murah. Serba serbi cantik !
Dekorasi Cantik di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Kalau korang suka bergambar macam anak-anak mummy, korang boleh posing di Lobi Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor juga !
Semenatara menunggu mummy check ini, anak-anak boleh bermain juga di ruangan Lobi Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor. Taklah depa cepat bosan. Dah namanya pun holiday, kita mestilah nak have fun je, kan !
Mood budak-budaklah paling WAJIB nak di jaga. Spoil sket mood, mau rosak semua planning nak bercuti !
Kemudahan Yang Ada di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Konsep bilik kami di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor, berkonsepkan BREAKFAST AT TIFFANY'S.
Nampak seperti kami berada di dalam bilik mewah, kan? Mummy suka dengan dekorasi bilik ini cantik tak terkata !
Selain buaian dan permaian di lobi untuk anak, dekorasi cantik di ruangan lobi Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor.
Bilik kami di lengkapi dengan katil Queen di mana di sekeliling katil mempunyai suis lampu dan plug.
Part plug ni, memang mummy sangat pentingkannya. Sebab senang nak cas hand phone !
Cermin cantik pun ada juga, ngam-ngam pulak dengan ketinggian mummy yang rendang tak berbuah hehe.
Bilik air Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor nampak mewah dan kemas di penuhi tiles merah putih ini mempunyai shower air panas dan sejuk.
Shower di sini, tidak menggunakan heater. Tetapi, ianya menggunakan tenaga solar. Kalau cuaca mendung hujan macam musim sekarang ni, air panasnya tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk.
Dalam bilik air kami juga mempunyai sinki, sabun mandi, syampu, alat pengering rambut serta tempat penyidai tuala.
Tengok tu anak kami, sehari ntah berapa kali nak mandi, nak pi tandas, nak kencing. Hehehe depa memang taksub sket pada kecantikan. Kalau boleh ...nak tidur dalam bilik air tu, kot !
Terlupa bawa berus gigi atau ubat gigi? Jangan risau ..pihak Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor ada menyediakan 2 set DENTAL KIT !
Apa lagi kemudahan yang ada di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor? Banyak sangat kemudahan lain yang ada, seperti Free-High speed WIFI, Wmeja tulis, Electronic key card system, tingkap, 32" LCD tv with selected satellite channels, Direct dial telephone, pemanas air, cawan, kopi, air minuman dan banyak lagi. Terasa macam berada di hotel 4, 5 bintang pulak hehe.
Selesai beriadah ke i-City dan makan malam di D'Kayangan BBQ Steamboat. Lewat malamnya, kami ke dobi layan diri yang terletak di sebelah Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor.
Sambil menunggu baju siap, kami anak-beranak supper di mamak juga bersebelahan dengan Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor.
Oh ya ! Walau Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor ini 2 tingkat sahaja, tapi hotel ini mempunyai lif. Senang kami nak naik dan turun beramai-ramai.
Alatan menggosok pakaian juga ada setiap tingkat Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor.
Harga Bilik Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Harga bilik di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor memang serius mampu milik dan tidak terlalu mahal. Harga bilik di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor bermula dari harga RM78 hingga ke harga RM198.
Murah, kan? Masih tak percaya? Kalau tak percaya, kena check in sendirilah jawabnya hehe !
Untuk maklumat lanjut tentang Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor. Sila hubungi atau layari :
Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam
3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Website : www.hoteldeart.com.my/
Facebook : www.facebook.com/hoteldeart/
Instagram : www.instagram.com/hoteldeart/
cantiknya. dulu pernah la surcvey lepas tu tak merasa sebab full. tu pun rasanya awal juga survey tu.
ReplyDeletewahhh cantiknyaaaa...macam bilik puteri2 jer...hehehe
ReplyDeleteCantik la kat sini..pelbagai kemudahan ada kan,dobi, mamak dan akak percaya byk kemudahan lain jugak....macam yg linda cakap hotel ni selalu full house kan..
ReplyDeleteCantiknya hotel tu. Mesti seronok kan. Selalu yg seronok kalau pegi hotel ni mesti anak-anak. Tapi anak sulung tu kalau sebut hotel, first mesti carik swimming pool dlu. ahaha.
ReplyDeleteCantik hotelnya. Kena stay hotel juga baru terasa mood holiday walaupun dekat kan.
ReplyDeletefulamak cantiknya hotel ni.. mmg d art sesuai dgn namanya
ReplyDeletecantiknya deko hotel de art ne. boleh check in jugak lah lepas tau result cik qilah sebab pak dia dah janji dapat no 1 tido hotel hover kan
ReplyDeleteHari tu stay dekat sini siap dpt upgrade bilik for free. Best.
ReplyDeleteCantiknya..interior dia pon mewah gitu..dah mcm rumah dato vida dah..ahahah
ReplyDeleteEh murahlah.. Nanti nak try tidur kat sini jugak
ReplyDeleteAmboi.. Cantiknya bilik dia.. Lawa smpai ke bilik air.. Ai like..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com